Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima US PACAF Tinjau Lokasi Radar AN/TPS-77 Sumbangan Amerika Di Labuan

Pada hari terakhir lawatannya ke Malaysia, Komander United States Pacific Air Forces (US PACAF) Jeneral Ken Wilsbach dan delegasinya sebagaimana dinyatakan oleh akaun Facebook TUDM, telah dibawa melawat ke tapak lokasi radar jarak jauh TPS-77 di Skuadron 340 Bukit Kubong yang terletak di Labuan.

0 6,190

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu Komander United States Pacific Air Forces (US PACAF) Jeneral Ken Wilsbach telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia khususnya kepada Tentera Udara Diraja Malaysia bermula daripada 14 hingga 16 Ogos 2023.

Beliau merupakan pegawai tentera udara tertinggi Amerika Syarikat di Pasifik.

Sepanjang lawatan tiga harinya ke Malaysia, Wilsbach dan pegawai-pegawai kanan US PACAF telah melawat pelbagai tempat dan mengadakan perbincangan dengan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

Radar
Radar pertahanan udara jarak jauh TPS-77 .

 

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada hari terakhir lawatannya ke Malaysia, Wilsbach dan delegasinya sebagaimana dinyatakan oleh akaun Facebook TUDM, telah dibawa melawat ke tapak lokasi radar TPS-77 yang terletak di Skuadron 340 Bukit Kubong yang terletak di Labuan.

“Mengakhiri program lawatan di Malaysia, Jeneral Ken Wilsbach serta delegasi dibawa melawat ke site Radar TPS-77 yang bertempat di Skuadron 340 Bukit Kubong,” kenyataan di dalam akaun FB TUDM itu.

Lawatan beliau dan delegasi itu berkemungkinan untuk melihat sendiri perkembangan terkini kerja-kerja penempatan radar jarak jauh sumbangan kerajaan Amerika Syarikat di Labuan itu.

Radar AN/TPS-77 itu dijangka akan memulakan operasinya pada akhir tahun, bagi memberikan negara “mata dan telinga” tambahan untuk mengawasi ruang udara di kawasan perairan Laut China Selatan.

Pada 2021, Defence Security Asia telah melaporkan bahawa Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan kontrak bernilai US$25.1 juta (RM103 juta) kepada syarikat, Lockheed Martin untuk membekalkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh kepada Malaysia.

Radar
Radar pertahanan udara jarak jauh AN/TPS-77 .

 

Kenyataan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertarikh Sept 24, 2021 lalu menyatakan bahawa cawangan syarikat Lockheed Martin di Liverpool, New York telah dianugerahkan kontrak bernilai US$25.1 juta untuk “Malaysia Ground Based Radar System.”

Kos untuk membekalkan radar jarak jauh untuk kerajaan Malaysia itu dibiayai menerusi peruntukan “Fiscal 2021 Building Partner Capacity Funds” oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  itu adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika.

Ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Pemberian radar kepada Malaysia itu adalah usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

Radar
(TUDM)

 

Pada Mac lalu, Menteri Pertahanan menyatakan bahawa TUDM dijangka akan memulakan operasi radar pertahanan jarak jauh buatan Amerika Syarikat di Labuan pada akhir tahun ini.

Mohamad Hasan berkata radar pertahanan udara jarak jauh AN/TPS-77 yang akan beroperasi di Labuan itu ibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin bagi menggantikan radar sebelum ini daripada jenis Alenia yang sudah berusia.

Radar Alenia terbabit dilucut tauliah selepas kemampuannya tidak lagi mencapai Full Mission Capability (FMC) secara optimum.

Radar Alenia di Labuan yang telah dilucut tauliah itu mempunyai kemampuan mengesan sasaran udara sejauh 250km dan ketinggian 60,000 kaki.

“Kita akan commission (tauliah) radar pertahanan jarak jauh yang baru di Labuan pada akhir tahun ini. Radar  buatan Itali-Alenia itu digantikan dengan radar AN/TPS-77 daripada Amerika yang akan di-commission (ditauliah) pada akhir tahun ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat Mac lalu.

Radar
(TUDM)

 

Selain radar-radar pertahanan udara jarak jauh di Gunung Ngili dan Labuan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) turut mengoperasikan radar-radar awam di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak bagi mengawasi ruang udara negara.

“Kawalan ruang udara kita di Laut China Selatan adalah amat rapi dan tiada kelompongan-kelompongan yang boleh dijadikan isu,” kata Menteri Pertahanan.

Segala maklumat yang diperolehi oleh radar-radar  TUDM dan CAAM akan dikongsi bersama bagi membolehkan mereka mengawasi ruang udara negara diselia dan dikawal dengan lebih berkesan, katanya. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...