Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Hasrat Miliki 12 Buah F-35A Menjelang Tahun 2034

Jika hasrat Thailand itu direalisasikan, maka Thailand akan menjadi negara kedua di rantau Asia Tenggara selepas Singapura untuk memiliki pesawat pejuang generasi kelima yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

0 1,638

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand berhasrat memiliki 12 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35A dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin menjelang tahun 2034, menjadi negara kedua di Asia Tenggara untuk mengoperasi pesawat canggih itu, sekira hasrat itu menjadi realiti.

Jika hasrat Thailand itu direalisasikan, maka negara itu akan mengikut jejak Singapura memiliki pesawat F-35A.

Menurut sumber di dalam Tentera Udara Thailand yang menyatakan perkara itu kepada portal pertahanan antarabangsa, Janes,  Bangkok bercadang memperolehi sekurang-kurangnya dua buah pesawat F-35A di antara tahun 2026 dan 2027.

“Pihak Tentera Udara Thailand telah menghantar surat kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk membeli dua buah pesawat F-35A awal itu. Surat tersebut telah dihantar kepada kerajaan Amerika Syarikat pada September 2021,” kata beliau.

Menurut portal pertahanan itu lagi, perolehan pesawat-pesawat F-35 oleh Tentera Udara Thailand itu akan dibahagikan kepada tiga fasa.

Elangaroo
Dua buah pesawat F-35A milik RAAF, A35-029 and A35-041 daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

Memandangkan fasa pertama akan melihat Thailand memperolehi dua buah pesawat F-35A diantara tahun 2026 dan 2027, maka fasa kedua pula akan melihat negara Asia Tenggara itu memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi kelima itu.

Fasa ketiga dan terakhir dalam program perolehan oleh Tentera Udara Thailand itu akan melihat negara itu memperolehi enam buah pesawat F-35A menjelang tahun 2032.

Jemaah menteri Thailand juga dilaporkan telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) bagi membolehkan tentera udara negara itu memperolehi empat buah pesawat pejuang baru.

Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh tentera udara negara itu telah mengesyorkan supaya Thailand membeli pesawat F-35A daripada Amerika Syarikat.

F-35
Pesawat F-35 dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Jurucakap Tentera Udara Thailand Air Vice Marshall Prapas Sornchaidee berkata,  jawatankuasa itu telah mencadangkan pembelian pesawat pejuang generasi kelima daripada Amerika Syarikat kerana ia memenuhi keperluan negara.

Katanya, jawatankuasa itu diketuai oleh Timbalan Panglima Tentera Udara Thailand ACM Thanasak Metanan telah menggariskan strategi, misi,pelan operasi serta kemampuan-kemampuan yang perlu dimiliki oleh pesawat generasi kelima itu.

“Kemampuan-kemampuan itu adalah Network Centric Operations, counter air-strikes, surveillance dan reconnaissance, operasi jarak jauh, kemampuan kawalan operasi udara yang terkandung di dalam pesawat pejuang generasi kelima,” menurut beliau.

Menurut Prapas, pesawat pejuang generasi kelima perlu memiliki lima ciri penting – halimunan, supercruise, sensor fusion, high manoeuverbility dan avionic yang bersepadu,” katanya.

Saab Group
Tiga buah pesawat Gripen Tentera Udara Diraja Thailand.

 

Panglima Tentera Udara Thailand ACM Napadej Dhupatemiya juga dilaporkan telah berkunjung ke Amerika Syarikat dimana beliau telah bertemu dengan rakan sejawatan Jeneral Charles Q Brown.

Kedua-dua mereka berbincang tentang hasrat Thailand untuk membeli kelengkapan ketenteraan baru daripada Amerika Syarikat.

Panglima Tentera Udara Thailand itu mengatakan kepada Brown bahawa pihaknya mahu membeli pesawat baru bagi menggantikan pesawat pejuang F-16 yang telah berusia.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Tentera Udara Amerika Syarikat juga dilaporkan bercadang menghantar satu pasukan ke Thailand untuk memeriksa kesediaan dan kemampuan tentera udara negara Asia Tenggara itu itu dalam mengoperasi dan menyelenggara pesawat pejuang F-35A.

Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat itu akan melihat dengan lebih dekat kemampuan Tentera Udara Thailand sama ada mereka boleh menyokong operasi pesawat generasi kelima di negara itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...