Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat “Saudagar” Senjata Terbesar Dunia, Penjualan Senjata China dan Russia Menurun

Amerika Syarikat kekal menjadi penjual senjata terbesar dunia bagi tempoh 2016-2020

0 2,459

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat kekal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di dunia bagi tempoh 2016 hingga 2020, menyumbang di antara 32 hingga 37 peratus daripada keseluruhan penjualan senjata dunia.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak berlaku kepada industri pertahanan China dan Russia , apabila penjualan senjatanya kedua-dua negara terbabit telah mencatat penurunan di dalam tempoh yang sama.

Bagi China, penjualan senjata oleh syarikat-syarikat pertahannya dalam tempoh 2016-2020 menurun sebanyak 7.8 peratus kepada hanya 5.8 peratus keseluruhan penjualan senjata dunia manakala bagi Russia pula ia menurun 22 peratus dalam tempoh itu.

SIPRI
Kereta Kebal T-14 Armata Russia

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Stockholm International Peace Reasearch Institute (SIPRI), industri pertahanan Russia hanya mampu menjanal 20 peratus penjualan senjata di seluruh dunia di dalam tempoh itu.

Penurunan jualan senjata Russia itu berpunca daripada kejatuhan 53 peratus jualan senjata kepada India, yang kini mula beralih kepada Amerika Syarikat sebagai sumber bekalan senjata mereka.

Bagaimanapun Moscow telah meningkatkan penjualan senjata kepada China, Algeria dan Mesir dalam tempoh tersebut.

Sementara itu SIPRI juga menyatakan rantau Asia dan Oceania merupakan pasaran senjata terbesar di dunia, mengimport 42 peratus daripada keseluruhan penjualan senjata dunia dalam tempoh 2016-2020.

SIPRI
Pesawat J-16 Shenyang China.

“Bagi negara-negara di Asia dan Oceania, persepsi bahawa China adalah ancaman terbesar mereka merupakan alasan utama disebalik pembelian senjata oleh negara-negara terbabit, “ kata penyelidik SIPRI, Simon Wezeman.

Negara-negara di rantau itu sedang merancang untuk membeli lebih banyak senjata dan antara negara terbabit merancang untuk menghasilkan senjata mereka sendiri.

Negara-negara Asia dan Oceania paling banyak membeli senjata adalah, India, Australia, Korea Selatan, China dan Pakistan.

Ia juga menyatakan bahawa industri pertahanan Israel menyumbang kira-kira 3 peratus kepada keseluruhan penjualan senjata di dunia manakala Korea Selatan menyumbang 2.7 peratus kepada penjualan senjata dunia.

Sementara SIPRI juga menyatakan import senjata oleh Turki mencatat penurunan sebanyak 59 peratus di dalam tempoh itu, berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat membatalkan penjualan pesawat pejuang F-35 sebagai tindak balas Ankara membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...