CNN Turut “Berminat” Insiden Kerosakan Kereta Kebal Tentera Darat
Dalam laporan bertajuk “Tank stops traffic as Malaysian army vehicles break down two days in a row”, wartawan versi online CNN.com, Heather Chen menulis bahawa insiden kerosakan kereta kebal yang berlaku pada Jumaat lepas (26 Ogos) turut menarik cemuhan daripada netizen.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden kerosakan sebuah kereta kebal PT-91M milik Tentera Darat di sebuah jalanraya di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kesesakan teruk lalulintas beberapa hari lepas telah menarik media-media serantau dan antarabangsa.
Media-media serantau dan antarabangsa termasuk versi online saluran berita terkenal dunia, CNN.com turut memberikan ruangan yang agak besar terhadap kejadian “malang” yang menimpa kereta kebal Tentera Darat itu.
Dalam laporan bertajuk “Tank stops traffic as Malaysian army vehicles break down two days in a row”, wartawan versi online CNN.com, Heather Chen menulis bahawa insiden kerosakan kereta kebal yang berlaku pada Jumaat lepas (26 Ogos) turut menarik cemuhan daripada netizen.

CNN.com menyatakan bahawa kerosakan kereta kebal itu berpunca daripada masalah enjin yang dihadapinya.
Versi online bagi saluran berita yang terkenal diseluruh dunia itu turut menyatakan bahawa gambar-gambar kereta kebal itu rosak ditengah jalanraya Kuala Lumpur yang sesak itu telah mengundang lawak jenaka daripada netizen.
Ramai netizen di media sosial juga melemparkan kritikan mereka kepada Tentera Darat di atas apa yang didakwa mereka sebagai tahap penyelenggaraan yang rendah terhadap kereta kebal terbabit.
CNN.com juga melaporkan sehari selepas kejadian kerosakan menimpa kereta kebal Malaysia itu, kenderaan pengangkut kereta kebal Tentera Darat juga telah mengalami kerosakan.
Bagi portal terkenal negara jiran, The Strait Times pula menggunakan tajuk “Sorry for traffic jam, Malaysian Army says after tank, prime mover break down” untuk laporan kerosakan kereta kebal dan kenderaan pengangkut kereta kebal milik Tentera Darat.

Laporan oleh versi online The Strait Times itu menggunakan artikel yang ditulis oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Star.
Bagi versi online saluran berita berpengkalan di Singapura, Channel News Asia pula melaporkan permohonan maaf Tentera Darat mengenai kejadian kerosakan membabitkan kenderaan mereka yang terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan.
Comments are closed.