Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal “Pendekar” Rosak Di Jalanraya Tengah KL, Sebabkan Kesesakan

Kereta kebal PT-91M "Pendekar" milik Kor Armor Diraja (KAD) Tentera Darat yang rosak itu berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suatu kawasan tidak diketahui kira-kira sejam selepas ia mengalami kerosakan di jalanraya terbabit.

0 1,872

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah kereta kebal PT-91 “Pendekar” milik Tentera Darat dilaporkan rosak di susur Carcosa menghala ke KL Sentral kira-kira jam 10.27 pagi hari ini (Jumaat).

Perkara tersebut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut ciapan KLCCC DBKL di Twitter, kejadian itu menyebabkan lorong jalan tengah tersebut terhalang dan trafik sesak.

PT-91
(DBKL)

 

“Renjer 01, 02, 05 dan 06 tiba di lokasi pada sekitar jam 10.49 pagi,” menurut ciapan di Twitter terbabit.

Beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan kereta kebal itu dilakukan.

Kereta kebal berkenaan berjaya ditunda pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke suatu kawasan tidak diketahui kira-kira sejam selepas ia mengalami kerosakan di jalanraya terbabit.

Kereta kebal itu dipercayai terlibat dalam perbarisan di Dataran Merdeka sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Aset ATM itu merupakan “peserta tetap” setiap kali perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

PT-91

 

Setakat ini,tiada kenyataan rasmi daripada ATM berhubung kerosakan yang dialami oleh kereta kebal terbabit.

Kor Armor Diraja (KAD) Tentera Darat memiliki 48 buah kereta kebal PT-91M yang dibeli daripada Poland dan dinamakan “Pendekar”.

Kereta kebal yang menggunakan meriam 125mm itu dibangunkan oleh syarikat Bumar Labedy daripada Bumar Group.

Kereta kebal PT-91M Twardy seberat 46 tan itu merupakan varian kereta kebal T-72 yang telah dinaiktaraf dengan alatan dan komponen Barat menjadikannya lebih berkemampuan dan berkeupayaan daripada kereta kebal T-72 yang asal.

PT-91

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Kereta kebal “Pendekar” yang dimiliki oleh Malaysia itu unik kerana ia menggabungkan komponen daripada pelbagai negara seperti Fire Control System (FCS) Sagem Savan-15, enjin berkuasa 1,000 kuasa kuasa dengan sistem tranmisi daripada Jerman, Obra-3 laser warning system dan sistem komunikasi daripada Thales.

Ia juga dilengkapi dengan Explosive Reactive Armour (ERA) “ERAWA”, sistem penstabilan turret dan tank tracks daripada Diehl Defence serta gyro inertial navigation system yang juga dibangunkan oleh syarikat Sagem daripada Perancis.

Selain daripada kereta kebal Pendekar itu, ATM turut memperolehi sejumlah 15 buah kenderaan tempatan. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

Comments
Loading...