Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kereta Kebal Utama PT-91M “Pendekar” Adakan Latihan “Self Entrenching”

Tentera Darat mengoperasikan 48 buah Kereta kebal Utama "Pendekar" PT-91 yang dibeli daripada Poland.

0 2,907

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota-anggota daripada 11 Kor Armor Diraja (11 KAD) yang mengoperasikan kereta kebal utama PT-91M “Pendekar” telah mengadakan Latihan Self Entrenching baru-baru ini.

Seramai lapan pegawai dan 28 anggota lain-lain pangkat 11 KAD terlibat dalam Latihan Self Entrenching Kereta Kebal Utama “Pendekar” di Tapak Latihan Memandu KJA 11 KAD bermula dari 22 hingga 26 Mac lepas.

MBT Pendekar PT-91
Gambar kredit 11 KAD

Latihan ini telah dikelola oleh Pem Skn Charlie serta melibatkan dua buah Kereta Kebal Utama PT-91M “Pendekar”.

Tentera Darat mengoperasikan 48 buah Kereta kebal Utama PT-91M “Pendekar” yang dibeli daripada Poland.

Latihan ini dimulakan dengan pelaksanaan kelas bagi pembelajaran teori, pengenalan kepada peralatan, persiapan pada kenderaan dan pelaksanaan praktikal Self Entrenching oleh krew.

MBT Pendekar PT-91
Gambar kredit 11 KAD

Konsep latihan ini adalah menjurus kepada pelaksanaan latihan dengan melaksanakan Self Entrenching untuk membolehkan Kereta Kebal Utama PT-91M “Pendekar” mengambil kedudukan “Hull Down” dan juga “Turret Down”.

Latihan ini juga meningkatkan keyakinan krew dalam mengaplikasi teknik pengendalian kereta kebal berdasarkan keadaan permukaan tanah yang sebenar.

Latihan ini dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan yang menitikberatkan keupayaan siaga anggota dalam menghadapi sebarang operasi.

Turut hadir semasa latihan ini dilaksanakan adalah Pen Peg Mem 11 KAD, Mej Nazrol bin Abdullah. #Bersatu #PenggempurPemusnah

Sumber: 11 KAD

 

MBT Pendekar PT-91
Gambar kredit 11 KAD

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...