Jurutera China Usaha Kurangkan “Jurang Kemampuan” Antara J-20 Dan F-22 “Raptor”
Jurutera-jurutera enjin pesawat pejuang China telah berusaha beberapa ketika untuk membangunkan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” bagi membolehkan ia mengurangkan jurang kemampuan di antara pesawat J-20 miliknya dengan pesawat F-22 Raptor Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran Zhuhai Airshow berlangsung pada November tahun lepas, syarikat pembuat enjin China, Aero Enjine Corp of China (AECC) telah mempamerkan enjin turbofan keluarannya yang dilengkapi dengan 2D thrust vectoring control nozzle (pengawal muncung) bagi meningkatkan kelincahan dan daya halimunan pesawat-pesawat pejuang negara itu.
AECC merupakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan enjin yang digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang negara itu termasuklah pesawat pejuang generasi kelimanya, J-20 “Mighty Dragon.”
Syarikat pengeluar enjin China itu telah menghasilkan lima varian enjin turbofan dipanggil “Taihang” untuk digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang negara itu termasuk J-10 dan J-20 yang merupakan pesawat pejuang termodennya.
Pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 dipercayai menggunakan enjin turbofan WS-10C yang diperbuat oleh AECC.
Sebelum ini, pesawat J-20 China itu menggunakan enjin Saturn “AL-31F” yang diimportnya daripada Russia.

Menurut jurutera-jurutera China, mereka telah berusaha beberapa ketika untuk membangunkan teknologi “2D thrust vectoring control nozzle” bagi membolehkan ia mengurangkan jurang kemampuan di antara pesawat J-20 miliknya dengan pesawat F-22 Raptor Amerika Syarikat.
Seorang pakar ketenteraan China, Wei Dongxu sebagaimana dipetik oleh akhbar Global Times berkata bahawa “thrust vectoring control nozzle” meninggkatkan kelincahan pesawat ketika diudara dengan menumpukan kuasa tujahan enjin itu ke arah yang diinginkannya dan menggunakan aerodinamik.
Penganalisis mengatakan adalah amat penting supaya China mengintegrasikan teknologi tersebut pada pesawatnya berikutan tindakan Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran pesawat-pesawat generasi kelimanya di rantau Indo-Pasifik.

“Pembangunan enjin turbofan dengan 2D thrust vectoring control nozzle bermakna enjin pesawat itu memiliki kuasa yang cukupi untuk menguruskan kehilangan kuasa tujahan,” kata Wei.
Menurut laporan-laporan sebelum ini, enjin turbofan WS-10C yang digunakan oleh pesawat J-20 pada ketika ini akan digantikan dengan enjin turbofan yang lebih berkuasa tetapi masih lagi di dalam fasa pembangunan iaitu WS-15.
Comments are closed.