Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF Jangka Kontrak Antara RM7 Bilion-RM8 Bilion Pada LIMA 2023

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata kontrak perolehan sebanyak RM8 bilion itu merupakan sekali ganda berbanding kontrak perolehan berjumlah RM4 bilion yang ditandatangani pada LIMA 2019.

0 3,033

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kontrak perolehan dianggar dianggar bernilai diantara RM7 bilion hingga RM8 bilion dijangka dimeterai oleh Kementerian Pertahanan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung di Pulau Langkawi mulai 23 hingga 27 Mei ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata kontrak perolehan sebanyak RM8 bilion itu merupakan sekali ganda berbanding kontrak perolehan berjumlah RM4 bilion yang ditandatangani pada LIMA 2019.

“Jumlah berkenaan (RM7 ke RM8 bilion) merupakan anggaran, jika kita lihat pada pameran LIMA’19, MINDEF berjaya memperoleh lebih RM4 bilion.

“Penganjuran pameran LIMA’23 merupakan pameran yang dinantikan setelah empat tahun ia tidak dilaksanakan kerana wabak COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran pameran LIMA’23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, di sini, hari ini.

Pameran LIMA ’23 ini bakal menjadi pameran terbesar sejak ia dianjurkan.

LIMA 2023
(kredit MINDEF)

 

Negara-negara di rantau Asia Pasifik menurutnya, sedang meneliti dan menilai untuk memperolehi aset-aset pertahanan yang baru untuk angkatan tentera mereka.

Mohamad Hasan berharap lebih banyak perjanjian persefahaman ditandatangani pada LIMA ’23 kerana pameran ini bukan sahaja tempat untuk melihat pameran malah ia tempat untuk perdagangan antarabangsa.

Ini kerana pameran LIMA’23 merupakan tempat pemain-pemain industri pertahanan untuk berkumpul dan bertukar pandangan di seluruh dunia.

Pameran LIMA’23 juga merupakan tempat untuk pemain industri menjalinkan kerjasama teknologi pertahanan. 

Lebih daripada 600 pempamer daripada 30 buah negara , dimana 60 peratus atau 360 pempamer adalah daripada industri pertahanan, manakala 40 peratus atau 240 pempamer adalah daripada sektor komersial.

LIMA 2023

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata LIMA tidak sepatutnya dilihat daripada sudut komersial sahaja.

“Selain daripada pempamer, LIMA dijangka menerima lebih daripada 400 pelawat termasuk menteri-menteri pertahanan, menteri pengangkutan, pegawa kanan dan panglima-panglima tentera darat, tentera laut dan tentera udara daripada 59 buah negara.”

“Mereka dijangka akan terlibat dalam pelbagai persidangan dan seminar yang akan dianjurkan sepanjang LIMA’23,” kata beliau.

Pameran LIMA’23  juga memberikan peluang kepada industri pertahanan Malaysia untuk menampilkan syarikat mereka, kemampuan dan pencapaian mereka.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Ini adalah selari dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Nasional yang kami sasarkan akan lancarkan pada tahun ini.”

“Ia akan mempercepatkan pertumbuhan industri ini yang berada di tangga ke-empat daripada 124 industri di Malaysia,” katanya. — DSA

 

Comments
Loading...