Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Mula Bina “Merah Putih”, Friget Arrowhead 140 Seberat 5,700 Tan

Kapal friget “Merah Putih” itu menggunakan rekabentuk asas Arrowhead 140 (AH 140) selepas Babcock International bersetuju “memindahkan” rekabentuk kapal itu kepada PT PAL menerusi perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada September 2021.

0 3,304

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan Disember lepas, syarikat pembuat kapal milik kerajaan PT PAL (Persero) telah secara rasminya memulakan pembinaan satu daripada dua buah kapal friget yang direkabentuk oleh firma pertahanan British, Babcock International.

Kapal friget itu kini dinamakan “Merah Putih” sebagaimana warga bendera kebangsaan Indonesia.

Majlis “pemotongan besi” (steel cutting) kapal perang terbabit  yang menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan fizikal kapal friget itu telah diadakan di kemudahan milik PT PAL di Surabaya pada 9 Disember tahun lepas.

Pada mulanya,majlis itu sepatutnya diadakan pada bulan November tetapi ditangguhkan kepada Disember selepas PT PAL mengakui bahawa kerja-kerja tergendala akibat isu rekabentuk akhir kapal perang tersebut.

Kapal friget “Merah Putih” itu menggunakan rekabentuk asas Arrowhead 140 (AH 140) selepas Babcock International bersetuju “memindahkan” rekabentuk kapal itu kepada PT PAL menerusi perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada September 2021.

Indonesia

Rekabentuk kapal friget itu bagaimanapun diubahsuai bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan kehendak daripada pihak Indonesia.

Kapal friget “Merah Putih” itu dijangka diserahkan kepada pihak Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) pada tahun 2026.

Indonesia merupakan export customer yang pertama bagi friget AH 140, yang juga merupakan rekabentuk pilihan bagi Tentera Laut British bagi program friget Type 31 negara itu,

Kapal friget dengan rekabentuk AH 140 ini mempunyai panjang 138.7 meter dan berat 5,700 tan serta berkemampuan membawa 160 krew maksimum tetapi boleh beroperasi dengan hanya 100 orang krew (minimum).

Ia juga dilengkapkan dengan helikopter bersaiz sederhana.

Indonesia

Dengan berat 5,700 tan, “Merah Putih” sememangnya adalah kapal friget terbesar dan paling berat di rantau Asia Tenggara.

Kedua-dua kapal friget AH 140 itu mampu meluncur dengan kelajuan 28 knot atau Jika dengan 18 knot (cruising), dengan radius operasi 9,000 batu nautika.

Bagi sistem persenjataannya, ia akan dilengkapi dengan 24 Vertical Launch System (VLS) medium-range surface-to-air missile (SAM), 32 VLS long-range SAM dan 16 VLS for surface-to-surface long range missile, selain 2x76mm cannon dan 1x Millenium Gun Close In Weapon System (CIWS).

Selain dua buah kapal friget AH 140, Indonesia sebelum ini turut telah mengumumkan perolehan lapan buah kapal friget daripada firma Fincantieri daripada Itali.

FREMM
Kapal friget FREMM Tentera Laut Itali.

 

Lapan buah kapal friget itu terdiri daripada enam buah kapal friget pelbagai misi FREMM (Fregata Europea Multi-Missione) serta dua buah kapal friget “Maestrale” (kapal friget Anti Submarine Warfare) yang bakal dilucut tauliah oleh Tentera Laut Itali.

Syarikat Fincantieri akan membeli kedua-dua buah kapal friget “Maestrale” itu daripada kerajaan Itali dan menaiktarafnya dengan peralatan-peralatan terkini sebelum menyerahkannya kepada Indonesia.

Friget-friget FREMM memiliki panjang keseluruhan 140 meter dan 20 meter lebarnya, manakala beratnya (displacement) adalah di antara 6,000 tan hingga 6,700 tan. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

Comments
Loading...