Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat J-20 “Tidak Ada Peluang” Sekiranya Bertembung Dengan F-22, F-35

Komander Tentera Udara Amerika Syarikat di Pasifik (PACAF) Jeneral Kenneth Wilsbach dilaporkan berkata, pesawat J-20 China tidak akan mempunyai sebarang peluang sekirannya berhadapan dengan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat iaitu F-35 dan F-22 Raptor.

0 14,740

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun China sentiasa mengembar-gemburkan tentang kehebatan pesawat pejuang tercanggihnya iaitu J-20 “Might Dragon”, tetapi bagi pegawai tertinggi Tentera Udara Amerika Syarikat di Pasifik, tiada ada yang perlu digerunkan berkenaan pesawat pejuang generasi kelima kebanggaan Beijing itu.

Kenyataan oleh Komander Tentera Udara Amerika Syarikat di Pasifik (PACAF) Jeneral Kenneth Wilsbach itu hanya  diungkapkan beberapa bulan selepas berlakunya “pertembungan” di antara pesawat-pesawat J-20 dan F-35 di Laut China Timur.

Bercakap dalam satu persidangan beberapa hari lepas, beliau jelas tidak tertarik dengan kemampuan pesawat tercanggih China itu dan Tentera Udara Amerika Syarikat tidak perlu “kehilangan tidur” mengenainya.

J-20
Dua buah pesawat termoden China, J-20 sedang melakukan penerbangan.

 

Beliau mengketengahkan pendapatnya bahawa pesawat J-20 China tidak akan mempunyai sebarang peluang sekirannya berhadapan dengan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat iaitu F-35 dan F-22 Raptor.

“Ia adalah pesawat pejuang tercanggih China (J-20). Kita mempunyai peluang yang terhad untuk menganalisis kemampuannya. Ia sekadar ok, ia kelihata ok, ia bukanlah sesuatu yang kita perlu kehilangan tidur mengenainya tetapi China telah membinanya (J-20) dengan banyak,” kata Wilsbach sebagaimana dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Sementara itu seorang juruterbang ujian pesawat generasi kelima juga memberitahu sebuah portal pertahanan bahawa pesawat J-20 itu tidak boleh dibandingkan dengan pesawat F-35 dan F-22.

J20-F35
(theaviationgeekclub)

 

“Membangunkan sebuah pesawat pejuang yang kelihatan seperti memiliki platform halimunan hanya sedikit daripada apa yang diperlukan untuk membina sebuah pesawat pejuang yang benar-benar halimunan yang langsung tidak boleh dikesan pada mana-mana spectrum,” kata Billie Flynn yang merupakan juruterbang ujian (test pilot) bagi pesawat F-35.

China sering mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat pejuang J-20 miliknya itu berkemampuan untuk menangani sebarang ancaman yang diberikan oleh pesawat-pesawat tercanggih Amerika Syarikat.

Ia juga menyatakan bahawa tenteranya bersedia memusnahkan mana-mana aset tentera “musuh” yang mencabar cubaannya untuk mendominasi Indo-Pasifik.

Pada Mac lepas, Wilsbach mengakui bahawa pesawat pejuang generasi kelimanya, F-35 pernah bertembung sekurang-kurangnya sekali dengan pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon” di Laut Timur China.

Ia menandakan pertembungan buat pertama kali di antara kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima daripada negara seteru.

F-22 Raptor
Pesawat F-22 Raptor

 

“Ia adalah terlalu awal untuk mengatakan apa sebenarnya yang mahu dilakukan oleh China dengan J-20, apa yang dapat kita perhatikan adalah ia adalah pesawat air superiority.

“Apa yang kita dapat perhatikan adalah ia terbang dengan baik. Baru-baru ini, kita mengalami pertembungan- di mana kita (F-35) terbang dekat dengan pesawat J-20 di Laut Timur China dan kami secara relatifnya tertarik dengan kawalan dan pemerintahan pesawat J-20 itu,”

“Kita melihat pesawat diterbangkan secara professional tetapi adalah terlalu awal untuk menentukan apakah yang mereka mahu lakukan dengan pesawat J-20, samada seperti F-35 yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi atau lebih kepada F-22 yang lebih kepada pesawat air superiority dengan kemampuan udara ke darat,”kata Wilsbach.

F-35A
F-35

 

Tentera China kini meningkatkan pengeluaran (produksi)  pesawat generasi kelimanya, J-20 “Mighty Dragon” sebaik sahaja selepas pesawat halimunan (stealth) itu dilengkapkan dengan enjin keluaran tempatan “WS-10C”.

China mendakwa enjin “WS-10C” itu adalah setaraf, jika bukan lebih baik daripada enjin Pratt & Whitney F119-PW-100 yang digunakan oleh pesawat F-22 “Raptor.”

Sebelum menggunakan enjin tempatan WS-10C buatan syarikat tempatan, Shenyang Liming Aircraft Engine Company, pesawat J-20 itu menggunakan enjin Saturn “AL-31F” buatan Russia.

Pemerhati tentera di China dengan bangga mendakwa bahawa enjin WS-10C yang dipanggil “Taihang” itu mempunyai keupayaan yang sama sebagaimana enjin yang digunakan oleh pesawat halimunan Amerika Syarikat, F-22 Raptor.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat J-20 “Mighty Dragon” itu dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industrial Group Co Ltd dibawah Aviation Industry Corporation of China.

Baru-baru ini, terdapat laporan mengatakan bahawa China mula mengerahkan pesawat J-20 ke kawasan pemerintahan selatannya yang merangkumi Laut China Selatan, selepas pengeluaran pesawat itu dipertingkatkan apabila ia dilengkapi enjin buatan tempatan.

Pada ketika ini, pemerhati tentera antarabangsa menganggarkan di antara 50 hingga 60 buah pesawat J-20 telah pun beroperasi di dalam Tentera Udara China dan dengan pemasangan enjin buatan tempatan bermakna produksinya akan hanya dipertingkatkan dengan lebih banyak. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...