Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Cadangan Perolehan Sistem Meriam Bergerak (SPH) Tentera Darat Masih Menjadi Teka-Teki

Ini kerana tahun 2024 sudah pun hendak melabuhkan tirainya, tetapi cadangan perolehan sistem meriam bergerak SPH (Self Propelled Howitzer) 155mm oleh Kementerian Pertahanan untuk kegunaan tentera darat masih menjadi teka-teki kepada banyak pihak.

0 3,893
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa sudah jadi dengan cadangan perolehan sistem meriam bergerak SPH (self-propelled howitzer) 155mm oleh Kementerian Pertahanan? Adakah Kementerian Pertahanan masih berminat untuk memperolehinya?
Ini kerana tahun 2024 sudah pun hendak melabuhkan tirainya, tetapi cadangan perolehan sistem meriam bergerak SPH 155mm oleh Kementerian Pertahanan masih menjadi teka-teki kepada banyak pihak.
Beberapa bulan yang lalu, spekulasi hebat menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan bakal menamatkan teka-teki perolehan meriam SPH 155mm itu dengan menandatangani kontrak perolehannnya pada pameran pertahanan DSA 2024 Mei lalu.
Bagaimanapun tiada majlis menandatangani kontrak perolehan SPH berlangsung pada pameran DSA 2024 itu.
Spekulasi tentang kontrak perolehan sistem persenjataan itu timbul selepas Kementerian Kewangan (MoF) pada Mac lalu didakwa telah mengeluarkan Surat Niat (Letter of Intent – LOI) kepada syarikat tempatan, Global Komited bagi perolehan sistem meriam bergerak  “EVA” 155mm untuk Tentera Darat Malaysia.
Eva
“Eva M2” (KONŠTRUKTA-Defence)
Global Komited merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Weststar.
Dakwaan itu telah dinyatakan oleh anggota Parlimen Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan soalan berkenaan perolehan sistem meriam bergerak itu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin semasa beliau menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.
“Benarkah Kementerian Kewangan telah mengeluarkan  LOI (Letter of Intent) berjumlah RM805 juta kepada syarikat Global Komited, anak syarikat (Kumpulan) Weststar (untuk perolehan sistem meriam bergerak EVA 155mm)?” soal anggota Parlimen terbabit kepada Menteri Pertahanan di dalam Dewan Rakyat.
Beliau mendakwa Kementerian Kewangan memilih sistem meriam bergerak “EVA” 155mm dan mengalahkan sistem meriam bergerak lain — antaranya termasuklah CAESAR 155mm yang dibangunkan oleh syarikat NEXTER daripada Perancis.
Menjawab pertanyaan daripada Awang, Menteri Pertahanan berkata bahawa cadangan berkenaan sistem meriam bergerak 155mm untuk Tentera Darat Malaysia masih di dalam proses perolehan.
Sebarang proses perolehan sistem pertahanan oleh Kementerian Pertahanan kata beliau, adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan pekeliling yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan.
CAESAR
CAESAR 155mm SPH
Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm  yang dibangunkan oleh Konstrukta Defence itu, dengan separuh daripada kos pembangunan sistem meriam itu dibiayai oleh Kementerian Pertahanan Slovakia.
Sistem “EVA” 155mm itu hanya didedahkan pada awam pada tahun 2015.
Antara ciri-ciri paling utara sistem meriam bergerak “EVA” 155mm adalah kemampuan mobilitinya yang tinggi berikutan berat meriamnya.
Ciri-ciri yang lain adalah perlindungan untuk krewnya daripada senjata infantri, serangan  jarak jauh, penyediaan sistem yang cepat serta penembakan yang tepat dan kemampuan untuk melaksanakan penembakan secara “Multiple Round Simultaneous Impact” (MRSI).
Sistem meriam bergerak “EVA” 155mm yang dikatakan dibangunkan di dalam tempoh 9 bulan sahaja itu, boleh melepaskan lima tembakan dalam satu minit, sembilan tembakan dalam dua minit atau 12 tembakan dalam tempoh tiga minit.
Jarak maksimum tembakanya adalah 41km dengan peluru ERFB-BB  (Extended-Range Full-Bore projectile with the Base Burn), manakala lebih 50km jika menggunakan peluru VLAP (Very Long Artillery Projectile).
Perancis
Sistem meriam CAESAR 155mm buatan Perancis digunakan oleh tentera Ukraine.
Selain Sistem “EVA” 155mm, dua lagi sistem yang dilaporkan turut bersaing untuk memenuhi hasrat Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memiliki sistem meriam bergerak SPH 155mm adalah “CAESAR” daripada Perancis dan “Yavuv” daripada konglomerat pertahanan Turkiye,  Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE).
Untuk NEXTER dan rakan tempatannya, Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS), memang tidak dapat dinafikan telah bertapak di Malaysia agak lama dalam usaha-usaha promosinya untuk memikat Tentera Darat bagi memperolehi sistem mereka itu.
Beberapa negara di rantau ini turut menggunakan sistem CAESAR iaitu, Thailand dan Indonesia serta negara-negara di Eropah.
Perancis serta beberapa negara Eropah lain turut “mendermakan” sistem CAESAR mereka kepada Ukraine untuk digunakan mereka bagi membedil kedudukan tentera Russia.
ADS juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nexter bagi membolehkan ia memasang sistem meriam howitzer CAESAR  155mm 52 Cal di kemudahannya di Segamat sekiranya sistem itu dipilih oleh Kementerian Pertahanan.
Untuk sistem CAESAR 155mm 52cal menggunakan kenderaan 6×6 yang ditawarkan kepada Malaysia, ia mempunyai berat keseluruhan melebihi 17 tan dengan radius operasi sejauh 600km jauhnya.
Yavuz SPH
Sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh gergasi industri pertahanan Turkiye, MKE.
Kenderaan 6×6 itu berkemampuan membawa sehingga 18 buah peluru 155mm manakala kenderaan re-supply akan mengikut rapat sekiranya diperlukan untuk mengisi balik kompartmen peluru apabila ia selesai digunakan.
Meriam CAESAR 155mm 52cal itu berkemampuan menembak sehingga 40km jauhnya.
Manakala bagi sistem “Yavuz” 155mm 52cal, ia berkemampuan menembak sasaran sejauh 40km dengan peluru standard itu menggunakan kenderaan 6×6 Man berkuasa 400 kuasa kuasa yang boleh mencapai kelajuan sehingga 90km sejam.
MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turkiye dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.
Ia menggunakan Fire Control System yang dibangunkan oleh syarikat terkenal Turkiye, ASELSAN ia telah berjaya diintegrasi dengan sistem “Yavuz.”
Defence Security Asia sebelum ini melaporkan bahawa syarikat Turkiye itu menawarkan pakej yang menarik kepada Kementerian Pertahanan sekiranya “Yavuv” terpilih.
Yavuz
“Yavuz”
Antara pakej tawarannya meliputi pemberian secara percuma  percuma sejumlah pesawat tanpa pemandu taktikal (tactical unmanned aerial vehicle – TUAV) untuk digunakan bersama-sama oleh sistem artilleri itu bergerak itu.
“Sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu akan digandingkan dengan “Yavuz” bagi memastikan sistem meriam bergerak itu dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan,” kata sumber Defence Security Asia sebelum ini. — DSA

 
Comments
Loading...