Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Russia Tawan Dua Unit Meriam Bergerak “CAESAR” Perancis

Laporan-laporan daripada pihak Russia mendakwa tenteranya telah berjaya menawan dua buah sistem meriam bergerak 155mm 52 cal "CAESAR" yang disumbangkan oleh kerajaan Perancis untuk kegunaan tentera Ukraine.

0 4,019

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media Barat mengatakan bahawa kerajaan Perancis telah mengirimkan sejumlah 18 buah meriam bergerak 155mm 52 cal “CAESAR” yang dibangunkan oleh firma pertahanan negara itu,Nexter kepada Ukraine.

Ia adalah untuk membantu tentera Ukraine menangani pencerobohan tentera Russia terutamanya di wilayah timur negara.

Pihak tentera Ukraine mendakwa meriam-meriam bergerak “CAESAR” sumbangan kerajaan Perancis itu telah menunjukkan prestasi yang baik ketika dikendalikan oleh tentera negara itu dengan kejayaan memusnahkan 80 buah aset tentera Russia menerusi bedilan-bedilan tepat mereka.

CAESAR

Sistem meriam bergerak “CAESAR” itu boleh membedil musuh daripada jarak 42km dengan enam bedilan di dalam satu minit.

“CAESAR” mula berkhidmat dengan tentera Perancis sejak 2007.

Disebabkan kejayaan awal itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan telah mengarahkan firma pertahanan negara, Nexter yang membangunkan sistem meriam bergerak, CAESAR itu supaya meningkatkan pembuatan sistem meriam itu supaya “sumbangan” Paris kepada Ukraine dapat ditingkatkan.

Nampaknya, kejayaan awal “CAESAR” di Ukraine telah meningkatkan imej sistem itu di mata pelanggan-pelanggan berpotensinya yang dikatakan telah menghubungi Nexter untuk mendapatkan maklumat tentang sistem artilleri bergerak itu.

CAESAR

Sebagaimana yang kita tahu, sistem meriam bergerak 155mm 52 cal “CAESAR” itu juga dikatakan sebagai antara calon utama (frontrunner) bagi memenuhi keperluan Tentera Darat Malaysia bagi sistem meriam bergerak.

Bagaimana laporan-laporan berkenaan “prestasi baik” sistem meriam bergerak “CAESAR” di Ukraine terjejas sedikit apabila munculnya laporan mendakwa pihak Russia telah berjaya “menawan” dua buah sistem meriam bergerak itu di Ukraine.

Laporan penawanan “CAESAR” oleh tentera Russia itu memetik kenyataan seorang ahli politik Perancis bernama Regis de Castelnau.

“Satu lagi kejayaan (Emmanuel) Macron. Pihak Russia memiliki sistem persenjataan Perancis, bukan Ukraine,” beliau dikatakan berkata.

CAESAR

Castelnau seterusnya mendakwa pihak tentera Russia telah membawa kedua-dua unit sistem meriam “CAESAR” itu ke Uralvagonzavod, sebuah firma pertahanan Russia yang membangunkan sistem artillery dan kereta kebal untuk angkatan tentera Russia.

Uralvagonzavon dikatakan melakukan kajian lanjut terhadap kedua-dua unit meriam bergerak “CAESAR” yang dirampas itu serta melaksanakan proses “reverse engineering.”

Firma pertahanan Russia itu turut telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap Castelnau.

CAESAR

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia berkata: “Selamat tengahari En Castelnau. Kami berharap anda dapat menyampaikan rasa terima kasih kepada Presiden Macron kerana telah mendermakan sistem meriam bergerak (CAESAR). Tekniknya adalah sama, tetapi tidak seperti Msta-S (sistem meriam bergerak Russia). Hantarlah lagi banyak.”

Jurucakap ketua staff angkatan tentera Perancis dalam satu kenyataan menafikan kenyataan Uralvagonzavod itu dan mengatakan tiada bukti bagi menyokong kenyataan bahawa dua unit sistem CAESAR telah berjaya ditawan oleh Russia. — DSA

 

Comments
Loading...