Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tender Meriam Bergerak TD Masih Belum Dianugerah

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata tender perolehan sistem meriam bergerak 155mm masih lagi berjalan pada ketika ini, dengan proses rundingan diantara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan masih berlangsung.

0 1,845

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tender perolehan sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) 155mm 52cal untuk kegunaan tentera darat masih belum dianugerahkan kepada mana-mana syarikat lagi.

Perkara itu telah disahkan oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein Onn hari ini.

Beliau berkata tender perolehan meriam bergerak 155mm itu masih lagi berjalan pada ketika ini, dengan proses rundingan diantara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan masih berlangsung.

Yavuz
Sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh gergasi industri pertahanan Turki,MKE.

 

“Setakat ini, kita juga akan berbincang seperti biasa dengan Kementerian Kewangan dan selagi tender ini belum ditentukan, saya rasa kenapa kita nak war-warkan sesuatu yang belum ‘diberikan’ (dianugerah tender) atau diputuskan,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Perdana Sungai Besi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa tender bagi perolehan sistem meriam bergerak itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang baru dua tahun ditubuhkan.

Rafizi mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri serta Menteri Kewangan supaya rundingan terus dengan syarikat MA Analytics Sdn Bhd.

CAESAR
Meriam SPH Bergerak “Caesar” 155mm 52-cal yang dibangunkan oleh NEXTER Systems.

 

Sementara itu, Hishammuddin melahirkan kebimbangan dengan pendedahan dibuat khususnya membabitkan soal kerahsiaan kerajaan terutama berkaitan tahap kesiapsiagaan ketenteraan negara.

“Sebelum ini, surat-surat antara kementerian sebagainya adalah rahsia dan kita juga ada Akta Rahsia Rasmi (OSA).”

” Bagi saya, setakat proses nak beri projek saya tidak risau sangat, tetapi jika maklumat-maklumat rahsia berhubung-kait dengan peralatan dan boleh menjejaskan kesiapsiagaan kita boleh bocor kepada musuh, itu lebih membimbangkan saya.”

“Bagaimana ia (perolehan sistem meriam bergerak) bocor sebelum proses ini dimuktamadkan lagi, wallahualam,” kata Menteri Pertahanan.

Yugoimport
Sistem Yugoimport Nora 155mm 52 Cal

 

Sebelum terdapat laporan media mengatakan bahawa syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menerima Letter of Intent (Surat Niat) daripada kerajaan yang menyatakan hasratnya untuk memperolehi 18 buah sistem meriam bergerak” Yavuz” 155mm 52cal dibangunkan oleh syarikat Turki, MKE.

Meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52cal itu boleh membedil sasaran sejauh 41km.

MA Analytics Sdn Bhd merupakan rakan tempatan kepada syarikat Turki itu.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turkiye dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki. 

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam Roketsan. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...