Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

BHIC Dapat Kontrak Meriam Bofors 57MM/L70 Bernilai RM15.7 Juta

BHIC mengatakan syarikat BHIC Bofors Asia Sdn Bhd (BBA) telah menerima surat penganugerahan kontrak daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 1 Sept untuk bekalan dan penyerahan alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk meriam Bofors 57MM/L70.

2,371

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM15. 7 juta kepada anak syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bagi membekal dan menyerahkan meriam Bofors kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini,  BHIC mengatakan bahawa syarikat BHIC Bofors Asia Sdn Bhd (BBA) telah menerima surat penganugerahan kontrak daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 1 Sept.

Kontrak adalah untuk bekalan dan penyerahan alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk meriam Bofors 57MM/L70.

Bofors

Kontrak itu bernilai RM15. 723 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan dan barangan dan ia adalah untuk tempoh tiga tahun sejak tarikh BBA menerima kontrak itu.

“Satu kontrak formal di antara Kementerian Pertahanan dan BBA akan ditandatangani pada suatu tarikh kelak,” menurut pengumuman itu.

Ia menambah bahawa kontrak itu dijangka akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan BHIC.

BBA adalah syarikat usahasama di antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd (BHICDT) yang merupakan anak syarikat kepada Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd, yang dimiliki oleh BHIC dan BAE Systems Bofors Holdings Sdn Bhd (BAESB).

BHICDT memiliki 51 peratus kepentingan di dalam BBA manakala kepentingan selebihnya dimiliki oleh BAESB.

Bofors

TLDM menggunakan varian meriam Bofors 57MM/L70 yang terkini iaitu MKIII menggunakan stealth cupola untuk kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dibinanya pada ketika ini.

Antara spesifikasi meriam Bofors 57MM/L70 MKIII adalah ia berkemampuan untuk melepaskan empat pusingan tembakan di dalam tempoh satu saat.

Ia juga boleh menukar jenis peluru secara serta-merta termasuk peluru Smart 3P untuk semua jenis sasaran.

Menurut BAE systems, kelebihan itu membolehkan meriam terbabit mensasarkan sasaran udara, darat dan laut dengan berkesan.

Dengan kelebihan pusingan tembakan yang tinggi dan penukaran jenis peluru serta merta telah meningkatkan kemampuan meriam itu dalam menangani pelbagai ancaman selain memberikan kebebasan kepada penggunanya dalam segala bentuk konflik.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Peluru 3P boleh diprogramkan untuk mengoptimasikan segala jenis kesan terhadap sasaran ternasuk airburst untuk semua sasaran yang sebelum ini difikirkan tidak mampu.

Dengan berat keseluruhan sistem mencecah 14 tan bagi satu meriam, termasuk kira-kira 1,000 peluru yang dibawanya, meriam itu mampu menembak dengan berkesan pada jarak 8km dengan rate of fire mencapai 220 bedilan satu minit.

Jarak maksimum meriam itu adalah 17km- – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.