Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Korea Selatan Berhadapan “Kerosakan Serius”

Kapal selam kelas Son Won-il merupakan kapal selam yang dibina oleh Hyundai Heavy Industries dan Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) berdasarkan kepada rekabentuk kapal selam Type 214 buatan syarikat Jerman, HDW.

0 3,734

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kesiapsiagaan armada kapal selam Tentera Laut Korea Selatan terjejas selepas kerosakan serius dikesan pada kesemua sembilan buah kapal selam kelas Son Won-il  miliknya.

Kapal selam kelas Son Won-il merupakan kapal selam yang dibina oleh Hyundai Heavy Industries dan Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) berdasarkan kepada rekabentuk kapal selam Type 214 buatan syarikat Jerman, HDW.

Kapal selam pertama kelas-Son Won-il telah siap dibina pada 2007 manakala kapal selam yang terakhir pula telah siap dibina pada 2020 iaitu ROKS Shin Dol-seok.

Korea

Kesemua kapal selam kelas terbabit milik Tentera Laut Korea Selatan turut menggunakan sistem Air Independent Propulsion (AIP).

Kesiapsiagaan armada bawah permukaan Tentera Laut Korea Selatan terjejas teruk kerana ia amat bergantung kepada kesemua sembilan buah kapal selam kelas Son Won-il untuk menangani ancaman kapal-kapal selam musuhnya, Korea Utara.

Pendedahan tentang kerosakan seriusnyang sedang dihadapi oleh kapal-kapal selam kelas Son Won-il Korea Selatan itu telah didedahkan oleh seorang anggota Dewan Perhimpunan negara itu daripada parti People Power Party, Shin Wonsik.

Korea

Menurut Shin, tsembilan buah kapal selam itu dikesan berhadapan dengan masalah berkenaan dengan alatan “inverter module cables” yang diperbuat oleh syarikat industri Jerman, Siemens.

Alatan itu merupakan komponen penting untuk sistem propulsion kapal selam itu, dengan 12 “inverter module cables” dipasang di setiap sembilan buah kapal selam kelas-Son Won-il Tentera Laut Korea Selatan itu. 

Pendedahan oleh Shin itu menunjukkan kerosakan serius dialami oleh kapal selam Korea Selatan itu adalah lebih teruk daripada yang disangkakan, dengan tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan terhadap kerosakan serius yang dialaminya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Walaupun diketahui bahawa kapal-kapal selam Korea Selatan daripada kelas Son Won-il sedang berhadapan dengan masalah berkaitan dengan sistem kabel mereka, namun apa yang lebih memeranjatkan bahawa tiada kerja-kerja membaiki terhadap kerosakan itu telah dilakukan, menurut media-media tempatan.

Salah sebuah kapal selam itu, ROKS Anh Jung-geun terpaksa ditunda kembali ke pangkalannya selepas ia tiba-tiba “gagal berfungsi” ketika berada di Laut China Timur dipercayai akibat masalah yang berpunca daripada alatan  “inverter module cables.”

Kapal selam seberat 1,800 tan itu juga dilengkapi dengan torpedo dan peluru berpandu “Harpoon.” –DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...