Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jom Lihat Spesifikasi Friget MEKO 200 EN “Al AZIZ” Milik Mesir

Friget “AL AZIZ” milik Tentera Laut Mesir itu dibina mengikut rekabentuk Meko-200 EN, dengan tiga buah daripada akan dibina di limbungan kapal di Jerman manakala kapal keempat dan terakhir dibina di limbungan kapal di Alexandria, Mesir.

0 3,129

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bertempat di Bremerhaven, Jerman semalam, Tentera Laut Mesir telah menerima kapal friget yang pertama daripada empat yang dipesannya daripada syarikat Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS).

Kapal friget terbabit yang diberi nama “AL-AZIZ” itu diserahkan kepada Tentera Laut Mesir 38 bulan selepas kontrak pembinaannya bermula.

Friget “AL AZIZ” itu dibina mengikut rekabentuk Meko-200 EN, dengan tiga buah daripada akan dibina di limbungan kapal di Jerman manakala kapal keempat dan terakhir dibina di limbungan kapal di Alexandria, Mesir.

MEKO 200 EN
“AL AZIZ”

 

Mesir menggunakan rekabentuk Gowind untuk kapal korvetnya manakala MEKO 200 EN untuk kapal-kapal frigetnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, enam buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) kelas-Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibina dengan menggunakan rekabentuk Meko-100.

Rekabentuk Meko-100 untuk kapal peronda manakala Meko-200 adalah untuk kapal friget.

Kerja-kerja untuk membina kapal friget “AL-AZIZ” itu benar-benar bermula pada Ogos 2019 selepas kontrak ditandatangani pada Sept 2018, dengan pemotongan besi pertama (first steel cutting) dilakukan pada Sept 2019.

Kapal friget MEKO-200 EN itu dilancarkan pada Julai 2021 dan semalam “Al-Aziz” telah diserahkan secara rasmi kepada Tentera Laut Mesir dan memulakan pelayaran pulangnya ke Mesir dalam beberapa hari.

Kelas Kedah
Kapal peronda KD Kelantan milik TLDM yang dibina berdasarkan rekabentuk MEKO 100.

 

Varian kapal friget MEKO-200 EN milik Tentera Laut Mesir disifatkan sebagai kapal tercanggih di dalam kelasnya pada ketika ini.

Jom kita lihat spesifikasi kapal friget MEKO-200 EN milik Tentera Laut Mesir.

Berat keseluruhan kapal friget MEKO-200 EN Mesir adalah diantara 3700 tan hingga 4000 tan dengan panjang kapal itu mencecah 121 meter.

MEKO 200 EN
“AL AZIZ”

 

Ia akan dilengkapi dengan radar pemantauan udara dan permukaanThales NS-110 4D Active Electronically Scanned Array (AESA) yang merupakan versi yang dipertingkatkan daripada radar asal, NS-100 3D radar.

Kapal friget “AL-AZIZ” itu juga akan dilengkapi dengan sistem Electronic Support Measures (ESM) Thales SCORPION Electronic Warfare Support Measures System, sistem Komunikasi Satelit (SATCOM) serta towed array sonar.

Untuk sistem persenjataannya, kapal friget Meko 200-EN Tentera Laut Mesir itu akan dilengkapi dengan meriam utama LW 127mm dengan peluru Vulcano dan Dart, 32 buah silo Vertical Launch System (VLS) yang akan diisi dengan peluru berpandu pertahana udara “MICA.”

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ia juga akan dilengkapi dengan lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal MM40 “Exocet”, meriam 20mm sama ada Nexter Narwhal atau Oerlikon Searanger selain dua jenis torpedo iaitu DM2A4 Seahake dan MU-90.

Kapal friget “Al AZIZ” yang direkabentuk MEKO-200 EN itu juga memiliki hangar untuk menempatkan dua buah helikopter dan dron yang dilancarkan secara vertical.

Menurut beberapa laporan media pertahanan Eropah, kos untuk sebuah kapal  friget MEKO 200 EN Tentera Laut Mesir adalah dianggarkan sebanyak Euro 500 juta (sekitar RM2.6 bilion). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...