Kumpulan Pengodam “Dark Pink”, ATM Sahkan Rangkaian Komunikasinya Selamat
Agensi berita Bloomberg yang memetik laporan oleh syarikat cybersecurity berpengkalan di Singapura, Group -IB yang menyatakan bahawa kumpulan penggodam “Dark Pink” itu dikaitkan dengan sebuah kerajaan di Asia dan menggunakan Malware untuk menembusi sasaran “berprofil tinggi” di Asia Tenggara dan Eropah. Salah satu daripada tujuh sasaran “berprofil tinggi” di Asia Tenggara dan Eropah itu adalah Malaysia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa keseluruhan rangkaian komunikasinya yang terdedah kepada capaian internet adalah selamat, selepas media melaporkan tentang kegiatan satu kumpulan pengodam dinamakan “Dark Pink” yang cuba menggodam data-data rahsia milik kerajaan dan angkatan-angkatan tentera.
Agensi berita Bloomberg yang memetik laporan oleh syarikat cybersecurity berpengkalan di Singapura, Group -IB yang menyatakan bahawa kumpulan penggodam “Dark Pink” itu dikaitkan dengan sebuah kerajaan di Asia dan menggunakan Malware direka khas untuk menembusi sasaran “berprofil tinggi” di Asia Tenggara dan Eropah.
Salah satu daripada tujuh sasaran “berprofil tinggi” di Asia Tenggara dan Eropah itu adalah Malaysia. Sasaran lain adalah Filipina, Kemboja, Indonesia, Bosnia-Herzegovina dan beberapa agensi serta badan bukan kerajaan di Eropah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata kegiatan penggodam telah dikesan awal dan tindakan pencegahan telah dilaksanakan.
Menurutnya, modus operandi penggodam yang dikesan adalah melaksanakan e-mel pancingan dengan cubaan serangan secara rawak ke rangkaian e-mel rasmi yang digunakan oleh beberapa agensi di Kementerian Pertahanan dan ATM.
“Aspek keselamatan dan pertahanan siber ATM sentiasa dipantau sebilang masa dalam memastikan segala ancaman yang cuba mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.
“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Affendi berkata segala tindakan yang diambil adalah bagi mencegah seterusnya mematahkan modus operandi dan penggunaan teknologi semasa oleh penggodam yang sentiasa menjadi ancaman bukan sahaja di rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.
Menurut penganalisis malware Group-IB Andrey Polovinkin, aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan Dark Pink adalah besar dimana mereka cuba mencuri dokumen daripada rangkaian yang terdedah, dalam usaha untuk mencari “maklumat-maklumat yang sensitive.”
Beliau berkata kumpulan Dark Pink berkemungkinan merupakan kempen perisikan oleh sebuah negara yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini.
Menurut Bloomberg organisasi kerajaan dan ketenteraan merupakan sasaran utama bagi pengodam berikutan data-data rahsia dan sensitif yang terdapat di dalam rangkaian mereka.
Ia menyatakan bahawa emel masih merupakan cara penggodaman yang paling kerap dilakukan.
Group-IB di dalam laporan-laporan mereka sebelum ini telah menggaitkan kegiatan penggodaman kepada kerajaan-kerajaan di China, Korea Utara, Iran dan Pakistan.
Ia menyatakan bahawa kegiatan-kegiatan penggodaman itu dilakukan dengan tujuan perisikan. — DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Comments are closed.