Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Yang Mampu Dilakukan Oleh Sistem UAS-MALE “Anka-S” ?

Sistem UAS-MALE "Anka-S" dilengkapi dengan dua stesen senjata yang membolehkan ia membawa sistem persenjataan seperti sistem pelancar peluru berpandu Smart Micro Munition (MAM-L) dan pod pelancar roket CIRIT 2.75in bagi membolehkan ia menangani ancaman daripada kereta-kereta perisai,anggota tentera, kubu serta stesen radar musuh.

4,849

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sistem Pesawat Tanpa Pemandu-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) “Anka-S” sistem UAS-MALE yang dikeluarkan bersiri oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) untuk angkatan tentera negara itu serta pelanggan luar negaranya.

Usaha untuk membangunkan 10 buah Anka-S serta ground station miliknya bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Turki telah ditandatangani pada Oktober 2013.

Penerbangan sulung “Anka-S” telah berjaya dilakukan pada September 2016 sebelum pengeluaran bersirinya dilakukan setahun selepas itu.

Anka

Penghantaran dua buah Anka-S yang pertama kepada Tentera Udara Turki telah dilakukan pada Februari 2018, sebelum penghantaran seterusnya dilakukan selepas itu.

Pesawat tanpa pemandu kebanggaan industri pertahanan Turki itu berkemampuan melaksanakan pelbagai misi seperti Intelligence,Surveillance dan Reconnaisance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Kesemua kemampuan itu dilakukan secara “real-time.”

Struktur komposit pesawat tanpa pemandu Anka-S itu mengintegrasikan komputer kawalan penerbangan otonomi yang dibangunkan oleh syarikat Turki sendiri bagi membolehkan UAS itu melaksanakan penerbangan menggunakan navigasi waypoint dan kawalan penerbangan.

Sistem kawalan penerbangan otonomi itu membolehkan Anka-S itu “pulang” ke lokasi sebagaimana telah ditetapkan terlebih dahulu, sekiranya ia berhadapan dengan kehilangan komunikasi dengan stesen kawalan daratnya.

Anka

Radar Synthetic Aperture r(SAR), Inverse SAR (ISAR) dan radar Ground Moving Target Indicator (GMTI) yang dibawa oleh Anka-S itu digunakan untuk mengesan, mengenalpasti  dan menjejak sasaran statik atau bergerak di daratan

Selain itu,pesawat UAS-MALE Anka-S itu juga dilengkapkan dengan struktur radome yang memiliki antenna komunikasi satelit (satcom) yang berkuasa tinggi, memberikan ia komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) kelajuan tinggi.

Dengan kemampuan membawa muatan lebih daripada 200kg,  Anka-S mampu melaksanakan pelbagai misi bergantung kepada muatan yang dibawanya.

Anka-S dilengkapi dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) generasi terkini bagi membolehkan ia mengambil gambar dan video di dalam semua jenis keadaan cuaca, tidak kira malam atau siang.

Sistem pesawat tanpa pemandu itu memiliki sistem Identification Friend or Foe (IFF), laser designator dan juga laser range finder.

Anka

Anka-S dilengkapi dengan dua stesen senjata yang membolehkan ia membawa sistem persenjataan seperti sistem pelancar peluru berpandu Smart Micro Munition (MAM-L) dan pod pelancar roket CIRIT 2.75in bagi membolehkan ia menangani ancaman daripada kereta-kereta perisai,anggota tentera, kubu serta stesen radar musuh.

Anka-S menggunakan enjin turboprop PD170 yang dibangunkan secara dalam negara oleh Turkish Engine Industries (TEI) dibawah kontrak dengan TAI pada 2014.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Enijn pesawat tanpa pemandu itu menggunakan minyak diesel dan JP-8 jet fuel yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 150 kuasa kuda.

Pesawat tanpa pemandu keluaran TAI itu berkemampuan berada di udara lebih daripada 24 jam dan terbang di ketinggian 30,000 kaki. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments are closed.