Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Malaysia Hampir Pasti Pilih “Anka-S” Untuk UAS-MALE

Sumber industri mengesahkan perkara itu kepada Defence Security Asia, walaupun pemilihan “Anka S” sememangnya sudah dijangka sejak tender perolehan tiga buah sistem UAS-MALE itu dibuka untuk saingan pada tahun 2020 yang lalu.

0 8,827

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia sudah hampir pasti akan memilih sistem tanpa pemandu (Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance) UAS-MALE “Anka-S” dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber industri mengesahkan perkara itu kepada Defence Security Asia, walaupun pemilihan “Anka-S” sememangnya sudah dijangka sejak tender perolehan tiga buah sistem UAS-MALE itu dibuka untuk saingan pada tahun 2020 yang lalu.

Spekulasi perolehan Anka S oleh Malaysia itu semakin hebat diperkatakan selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melakukan lawatan ke kemudahan TAI di Ankara baru-baru ini.

Apa yang ditunggu-tunggu ketika ini adalah pengumuman rasmi oleh Kementerian Pertahanan (atau Kementerian Pertahanan hendak juga menunggu pameran LIMA pada tahun depan jugak untuk mengumumkannya)

Tiga buah sistem UAS-MALE itu akan diperolehi oleh negara pada Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tiga lagi buah akan dibeli pada Rancangan Malaysia Ke-13.

Sistem UAS-MALE tersebut itu akan dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan juga dilaporkan berkata sebelum ini bahawa pasukan TUDM telah pun melakukan penilaian teknikal dan fizikal terhadap sistem UAS-MALE yang disenarai pendek pada Disember tahun lepas.

Anka-S

“Laporan mengenai penilaian fizikal dan teknikal pesawat-pesawat UAV itu telah pun dibentangkan kepada Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan pada 12 Jan 2022, 17 Mac 2022 dan 28 April 2022 dan sedang menunggu keputusan oleh Kementerian Pertahanan,” kata beliau dalam temuramah dengan media tempatan itu.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa pada Ogos 2020 untuk mendapatkan tiga buah sistem UAV-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) dan tender itu telah pun ditutup pada 26 November 2020.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Angkatan Tentera Turki juga menggunakan varian Anka S yang digunakan oleh Tentera Laut dan Tentera Udara negara itu.

Sistem UAS-MALE “Anka-S” mempunyai kemampuan untuk terbang selama 24 hingga 30 jam, 30,000 kaki altitud dan membawa bebanan di antara 250-350 kilogram.

Anka-S

Setiap sebuah “Anka-S” itu berkemampuan membawa empat buah peluru berpandu MAM Smart Micro Munitions yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat Turki, Roketsan.

Peluru berpandu MAM juga memiliki beberapa varian iaitu MAM-L (thermobaric), MAM-C (high explosive) dan MAM-T (serangan jarak jauh).

Anka S boleh melaksanakan beberapa misi real-time intelligence, surveillance dan reconnaissance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia juga dilengkapkan dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) untuk mengambil imej dan video resolusi tinggi didalam semua jenis keadaan cuaca, Sistem Identification Friend or Foe (IFF),  laser designator dan laser range finder.

Di dalam radome Anka-S itu, ia turut dilengkapi dengan ViaSat VR-18C airborne satellite communications (SATCOM) antenna yang berkuasa tinggi, memberikan komunikasi beyond line-of-sight (BLOS) yang selamat. — DSA

Comments
Loading...