Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UCAV “ANKA” Dilengkapi Radar Khas Kesan Periuk Api Di Laut Hitam

Menurut kenyataan oleh Presidensi Industri Pertahanan (SSB) Turki Ismail Demir menerusi akaun Twitternya, sebanyak dua buah “ANKA” telah dilengkapkan dengan Synthetic Aperture Radar (SAR) untuk melaksanakan tugasan khas mengesan periuk api laut  (naval sea mines) di Laut Hitam itu.

0 1,502

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat Kombat Tanpa Pemandu (UCAV) “ANKA” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) telah dilengkapkan dengan radar khusus untuk mengesan periuk api yang bertaburan di Laut Hitam akibat konflik bersenjata antara Russia dan Ukraine.

Menurut kenyataan oleh Presidensi Industri Pertahanan (SSB) Turki Ismail Demir menerusi akaun Twitternya, sebanyak dua buah “ANKA” telah dilengkapkan dengan Synthetic Aperture Radar (SAR) untuk melaksanakan tugasan khas mengesan periuk api laut  (naval sea mines) di Laut Hitam itu.

Selepas ANKA berjaya mengesan kedudukan periuk-periuk api di Laut Hitam itu, ia akan dimusnahkan oleh pasukan khas tentera laut Turki dipanggil “Underwater Defense.”

ANKA

Sistem radar SAR yang dilengkapkan pada ANKA milik Tentera Laut Turki itu telah dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat negara itu,ASELSAN yang juga boleh mengambil imej-imej resolusi tinggi daratan dan mengesan sasaran bergerak di daratan.

Radar SAR itu boleh beroperasi 24 jam sehari dan di dalam apa juga keadaan cuaca.

Setakat ini, pihak tentera laut Turki telah mengesan tiga buah periuk api di Laut Hitam dipercayai milik sama ada tentera Russia atau Ukraine.

Kedua-dua pihak yang bertelagah itu dipercayai meletakkan periuk-periuk api di beberapa buah pelabuhan penting di Ukraine seperti Odessa,Mariupol dan beberapa pelabuhan lain.

ANKA

Pihak Russia mendakwa terdapat ratusan periuk api bertaburan di Laut Hitam selepas ia dihanyutkan oleh arus deras lautan akibat rebut.

Moscow mendakwa periuk-periuk api itu dipasang oleh pihak Ukraine tetapi ia dinafikan oleh Kiev yang sebaliknya mendakwa periuk api adalah milik pihak tentera Russia.

Selain mengerahkan pesawat-pesawat tanpa pemandunya seperti ANKA, Turki turut menggunakan kapal-kapal penyapu periuk api dan pesawat peronda maritim untuk mengesan kehadiran periuk-periuk api yang hanyut itu di perairannya di Laut Hitam.

ANKA

 

Pasukan khas tentera laut Turki telah bertindak memusnahkan ketiga-tiga periuk api ditemuinya, yang sekiranya dibiarkan boleh mendatangkan bahaya kepada kapal-kapal komersial serta tentera yang menggunakan Laut Hitam itu.

Beberapa negara seperti Turki,  Bulgaria, Romania, Georgia serta Ukraine dan Russia berkongsi Laut Hitam.

Laut Hitam itu adalah laluan maritim yang penting bagi negara-negara terbabit kerana ia digunakan oleh kapal-kapal dagang untuk mengangkut bijirin, minyak dan produk-produk petroleum ke dunia luar menerusi Selat Bosphorus di Turki.

ANKA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

ANKA merupakan UCAV Medium Altitude Long Endurace (MALE) dibangunkan oleh TAI.

Berkeupayaan dilengkapkan dengan sistem persenjataan peluru berpandu, ANKA mampu terbang selama 30 jam tanpa henti.

Ia adalah salah satu daripada sistem dron MALE yang sedang dipertimbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memenuhi keperluannya. — DSA

Comments
Loading...