Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota Pengaman Malaysia di Lubnan Mula Guna Kenderaan Perisai “PANTHERA” Bulan Depan

Kementerian Pertahanan memperolehi 20 buah kenderaan perisai “PANTHER” (Ejder Yalchin) bernilai RM190 juta daripada Turkiye untuk menggantikan kenderaan perisai CONDOR yang digunakan oleh anggota pengaman PBB Malaysia yang berkhidmat dibawah UNIFIL di Lubnan.

0 5,852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa anggota pengaman negara yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan akan mula menggunakan kenderaan perisai “PANTHERA 4×4” (Ejder Yalchin) pada April ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata, anggota Malaysian Batallion (MALBATT) akan menggunakan kenderaan perisai buatan Turkiye itu selepas Ujian Penerimaan Terakhir selesai bulan ini.

“Kenderaan perisai PANTHERA dijangka akan mula beroperasi pada bulan April 2024 selepas proses Ujian Penerimaan Terakhir selesai pada awal bulan Mac 2024 nanti,” kata beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat itu.

Kementerian memperolehi 20 buah kenderaan perisai “PANTHER” bernilai RM190 juta daripada Turkiye untuk menggantikan kenderaan perisai CONDOR.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata sehingga kini tiada pelan untuk pelupusan sembilan buah kenderaan perisai IAG Guardian 4×4 dan kenderaan tersebut masih lagi dikira sebagai Contingent Own Equipment (COE) dan diterimapakai untuk operasi pengaman pasukan MALBATT di bawah UNIFIL di Lubnan.

Panthera
Panglima Tentera Darat pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dengan kenderaan perisai “Panthera” di kemudahan syarikat Nurol Makina di Ankara,Turki. (Tentera Darat)

 

“Walaupun spesifikasi kenderaan tersebut tidak memenuhi sepenuhnya spesifikasi PBB, penggunaan kenderaan tersebut tetap diterima oleh UNIFIL.”

Menteri Pertahanan berkata pembelian kenderaan perisai Guardian pada tahun 2018 adalah untuk menggantikan sembilan buah kenderaan perisai CONDOR yang telah rosak yang telah menjangkau umur 40 tahun penggunaannya.

Tidak timbul isu kereta perisai PANTHERA 4×4 dibeli bagi menggantikan kereta perisai Guardian.

“Pihak MALBATT, Markas Angkatan Bersama dan Kementerian Pertahanan sedang dalam proses untuk melupuskan sebanyak 20 buah lagi kenderaan perisai CONDOR yang masih beroperasi di MALBATT dan akan digantikan oleh 20 buah kenderaan perisai PANTHERA yang baru dibeli dari Turkiye.

Kenderaan perisai “Panther” buatan syarikat Nurol Makina itu mula diperkenalkan di Malaysia pada 2018 dan telah menjalani pelbagai ujian di Malaysia tidak lama dahulu, bersama-sama beberapa pesaingnya.

PANTHERA

Pada pameran DSA 2022, syarikat Nurol Makina dan NADI Corp telah menandatangani “final configuration review acceptance” bagi kenderaan Ejder Yalchin (Panthera) itu.

Spesifikasi kenderaan perisai buatan Nurol Makina ini adalah, ia memiliki berat di antara 12 tan hingga 14 tan dan mampu pelbagai muatan seberat 4 tan.

Kenderaan perisai ini mampu memecut sehingga 110 km/jam dengan radius operasi sejauh 600km menggunakan enjin 300 kuasa kuda.

“Panthera” berkemampuan membawa sehingga 11 orang anggota tentera lengkap bersenjata.

Panthera

Kenderaan perisai itu juga boleh dilengkapi dengan persenjataan mesingan berat dan Automatic Grenade Launcher.

Tidak pasti persenjataan apakah akan digunakan oleh “Panthera” di Lubnan, kemungkinan besar hanyalah mesingan 7.62mm dengan menggunakan Remote Control Weapon Station (RCWS) bagi perlindungan lebih baik anggotanya/pengendali senjata. — DSA

Comments
Loading...