Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Jom Lihat Peluru Berpandu Kruis “CAKIR” Turkiye Robek Sasaran Laut

(VIDEO) Menggunakan enjin turbojet KTJ-1750 buatan syarikat tempatan, Kale Arge, peluru berpandu kruis CAKIR telah melakukan penerbangan sulungnya pada Mei tahun lepas itu dan berkemampuan untuk membedil sasaran-sasaran strategik darat dan laut sejauh 150km dengan ketepatan yang tinggi.

0 6,268

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN telah berjaya melaksanakan ujian penembakan susulan peluru berpandu kruis, “CAKIR” menggunakan pesawat tanpa pemandu medium altitude long-endurance (MALE) “Bayraktar Akinci”.

Dron Bayraktar Akinci yang dilengkapkan dengan peluru berpandu kruis CAKIR itu telah berlepas daripada AKINCI Flight Training and Test Center di Tekirdağ’s Çorlu district pada 29 Februari dan menuju ke Sinop untuk melakukan ujian penembakan itu.

Sebuah dron Akinci itu berkemampuan membawa sehingga lima buah peluru berpandu kruis CAKIR.

Peluru berpandu kruis CAKIR itu telah dilancarkan terhadap sasaran yang berada kira-kira 100km  di Laut Hitam dengan kelajuan 800km sejam dan berjaya membedil sasaranya dengan tepat.

Menggunakan enjin turbojet KTJ-1750 buatan syarikat tempatan, Kale Arge, peluru berpandu kruis CAKIR berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada Mei tahun lepas itu dan berkemampuan untuk membedil sasaran-sasaran strategik darat dan laut dengan tepat.

Menurut pemerhati-pemerhati pertahanan, pelancaran peluru berpandu kruis CAKIR itu daripada dron Akinci adalah suatu pencapaian yang besar untuk industri aerongkasa Turkiye.

Pelancaran itu dilaporkan adalah julung-julung kali sebuah dron berjaya melancarkan peluru berpandu kruis terhadap apa-apa sahaja, yang secara tidak langsung membuktikan kemampuan industri pertahanan Turkiye.

CAKIR yang memiliki berat keseluruhan 275kg mempunyai lapan varian berkeupayaan membedil sasaran sejauh 150km dengan tepat.

Antara varian peluru berpandu kruis CAKIR yang dibangunkan oleh ROKETSAN adalah di dalam peluru berpandu anti-kapal, peluru berpandu peperangan elektronik, peluru berpandu kruis dan peluru berpandu ‘swarm sensor.”

Cakir

CAKIR boleh dilancarkan daripada platform udara, laut dan darat terhadap sasaran-sasaran yang berada darat dan lautan.

Peluru berpandu kruis CAKIR itu juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak “High Explosive Semi-Penetrating Particle Effect Thermobaric” seberat 70 kg yang amat berkesan untuk memusnahkan sasaran-sasaran berarmor dan tidak berarmor.

CAKIR juga boleh dilengkapi dengan booster enjin bagi membolehkan peningkatan jarak bedilannya, selain berkemampuan untuk terbang hampir dengan permukaan tanah berikutan ciri-ciri “Super Sea-Skimming” yang menyukarkan lagi pihak musuh untuk menembaknya jatuh.

Panjang keseluruhan peluru berpandu kruis CAKIR itu adalah lebih daripada 4 meter. — DSA

(LAGI BERITA TENTANG KEMAMPUAN PERSENJATAAN TURKIYE)

Notis

Comments
Loading...