Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perbarisan “Status Usang” Untuk Kenderaan Condor, Sibmas

Kenyataan oleh Rejimen Keempat Kor Armor Diraja menerusi media sosial itu menyatakan bahawa demonstrasi itu dilaksanakan sebagai pendedahan akhir kepada semua anggota 34 Wksp sebelum kereta perisai 6x6 Sibmas AVR itu diisytiharkan sebagai Obsolete (usang).

0 6,180

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pasukan 4 Kor Armor Diraja (KAD) telah melaksanakan demonstrasi kereta perisai 6×6 Sibmas Armoured Vehicle Recovery (AVR) di Garaj KJA dan perbarisan sempena status π˜–π˜£π˜΄π˜°π˜­π˜¦π˜΅π˜¦ kereta perisau 4×4 Condor dan kereta perisai 6×6 Sibmas AVR pada 1 Januari 2023 bertempat di Padang Kawad 4 KAD, Kem Penrissen.

Menurut kenyataan oleh Rejimen Keempat Kor Armor Diraja menerusi media sosial, demonstrasi itu dilaksanakan sebagai pendedahan akhir kepada semua anggota 34 Wksp sebelum kereta perisai 6×6 Sibmas AVR itu diisytiharkan sebagai Obsolete (usang).

Acara diteruskan lagi dengan perbarisan sempena status 𝘰𝘣𝘴𝘰𝘭𝘦𝘡𝘦 kereta perisai 4×4 Condor dan kereta perisai 6×6 Sibmas AVR.

Perbarisan yang julung kali diadakan itu diketuai oleh Mej Ahmad Faisal bin Muda selaku Pemangku Peg Mem 4 KAD dan disertai oleh 20 Peg dan 50 PTTK serta Krew KJA berlatar belakang 13 buah kereta perisai 4×4 Condor pelbagai varian serta sebuah kereta perisai 6×6 Sibmas AVR.

Perbarisan tersebut merupakan simbolik kepada termeterainya status 𝘰𝘣𝘴𝘰𝘭𝘦𝘡𝘦 (usang) kereta perisai 4×4 Condor dan kereta perisai 6×6 Sibmas AVR setelah 42 tahun usia (1981 – 2023) perkhidmatan bagi kedua-dua KJA dalam Tentera Darat.

Condor
(Kredit 4 KAD)

 

Impak pelaksanaan perbarisan tersebutΒ  adalah dapat meningkatkan jati diri dalam kalangan warga 4 KAD dan memberi ruang serta peluang warga 4 KAD untuk mengucapkan tanda terima kasih kepada kedua-dua KJA yang telah banyak berjasa dan menjadi ikon kepada pasukan 4 KAD.

Kenyataan oleh 4 KAD itu tidak menyatakan jenis-jenis kenderaan perisai apakah yang bakal menggantikan kenderaan perisai Condor dan Sibmas yang obsolete (usang) itu.Β 

Beberapa bulan lepas, bekas Menteri Pertahanan menerusi akaun Twitter beliau menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4Γ—4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Condor

Selain daripada pengumuman ringkas itu, tidak banyak perincian diberikan mengenai perolehan sebanyak 136 buah Kenderaan Jenis A 4Γ—4 dan Kenderaan Jenis B.

Walaupun tidak banyak perincian diberikan mengenai perolehan KJA dan KJB itu, namun perolehan kedua-dua jenis kenderaan itu berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor dan Sibmas yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh 4 KAD,kedua-dua kenderaan itu telah berusia 42 tahun.

Condor
(kredit 4 KAD)

 

Defence Security Asia dimaklumkan oleh sumber-sumber industri bahawa perolehan 136 Kenderaan 4Γ—4 itu berkemungkinan membabitkan kenderaan High Mobillity Armoured Vehicle (HMAV) β€œTarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Rundingan perolehan yang sedang berlangsung itu adalah untuk menggantikan kenderaan perisai β€œCondor” 4Γ—4 yang telah digunakan oleh Tentera Darat sejak sekian lama.

Sejumlah 136 kenderaan 4Γ—4 itu adalah untuk melengkapkan dua rejimen, 3 Armor dan 4 Armor, menurut sumber industri terbabit. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCEΒ  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...