Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan MRAP “Ejder Yalchin” Untuk Anggota Tentera Kita Di Lubnan

Admin diberitahu bahawa sejumlah 15-20 buah “Ejder Yalchin” bakal dihantar ke Lubnan untuk digunakan oleh anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji-panji PBB di Lubnan.

0 3,951

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kenderaan MRAP (Mine-Resistant Ambush Protected) “Ejder Yalchin” 4×4 yang dibangunkan oleh firma Turki, Nurol Makina nampaknya menjadi pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dibekalkan kepada anggota tentera kita di Lubnan.

Admin diberitahu bahawa sejumlah 15-20 buah “Ejder Yalchin” bakal dihantar ke Lubnan untuk digunakan oleh anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji-panji PBB di Lubnan.

Kenderaan MRAP buatan syarikat Nurol Makina itu mula diperkenalkan di Malaysia pada 2018 dan telah menjalani pelbagai ujian di Malaysia tidak lama dahulu, bersama-sama beberapa pesaingnya.

Ejder

Seawal Jun tahun lepas, Defence Security Asia telah dimaklumkan oleh rakan-rakan di industri pertahanan bahawa kenderaan MRAP Turki itu bakal menjadi pilihan kepada ATM untuk digunakan oleh anggotanya yang berkhidmat dengan PBB di Lubnan.

Untuk kegunaan anggota pengaman PBB, kerajaan akan bayar dulu untuk pembelian kenderaan MRAP ini sebelum di-reimburse oleh PBB kemudiannya.

Kenderaan Ejder Yalchin ini bakal menyertai kenderaan MRAP IAG Guardian yang turut digunakan oleh tentera pengaman kita di Lubnan.

Ejder
Bahagian dalam kenderaan MRAP “Ejder Yalchin”

 

Kedua-dua kenderaan MRAP ini memberikan perlindungan yang lebih baik kepada anggota tentera pengaman kita di Lubnan daripada bahaya periuk api, IED, shrapnel dan lain-lain lagi berbanding kenderaan berperisai “Condor” atau kenderaan “soft-skinned” lain yang digunakan dalam tugasan harian di negara bergolak itu.

Pada pameran DSA 2022, syarikat Nurol Makina dan NADI Corp telah menandatangani “final configuration review acceptance” bagi kenderaan Ejder Yalchin itu.

Spesifikasi kenderaan MRAP buatan Nurol Makina ini adalah, ia memiliki berat di antara 12 tan hingga 14 tan dan mampu pelbagai buatan seberat 4 tan.

Ejder

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kenderaan ini mampu memecut sehingga 110 km/jam dengan radius operasi sejauh 600km menggunakan enjin dengan 300 kuasa kuda dan berkemampuan membawa sehingga 11 orang anggota tentera lengkap bersenjata.

Kenderaan Ejder Yalchin juga boleh dilengkapi dengan persenjataan mesingan berat dan Automatic Grenade Launcher.

Bagaimanapun tidak pasti persenjataan apakah akan digunakannya di Lubnan, kemungkinan besar hanyalah mesingan 7.62mm. — DSA

Comments
Loading...