(VIDEO) Turkiye Berjaya Operasikan (Run) Enjin Turbofan Pertamanya, TF-6000

(VIDEO) Kejayaan mengoperasikan enjin turbofan kebangsaan yang pertama, TF-6000 itu adalah suatu peristiwa yang bersejarah untuk industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye, yang sekian lama bergantung kepada enjin-enjin buatan luar bagi platform pertahannya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat enjin Turkiye, TUSAS Engine Industries (TEI) telah mengoperasikan (run)  enjin turbofan buatannya sendiri, TF-6000 yang akan digunakan antaranya oleh pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” dan dron “ANKA-3”.

Kejayaan mengoperasikan enjin turbofan kebangsaan yang pertama, TF-6000 itu adalah suatu peristiwa yang bersejarah untuk industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye, yang sekian lama bergantung kepada enjin-enjin buatan luar bagi platform pertahannya.

Enjin turbofan pertama Turkiye itu, TF-6000 yang menghasilkan 6,000 lbf kuasa tujahan (thrust) akan dioperasikan oleh pesawat-pesawat tanpa pemandu negara itu.

Presiden agensi pertahanan negara Mediterranean itu SSB, Prof Haluk Gorgun dalam kenyataan menerusi media sosialnya berkata kejayaan mengoperasikan (run) enjin turbofan kebangsaan buat pertama kali itu adalah suatu detik bersejarah dan amat membanggakan bagi Turkiye.

“Selepas mengoperasikan enjin turbofan TF-6000 itu buat pertama kali, enjin itu seterusnya akan digunakan oleh ‘Kizilelma’ dan ‘ANKA-3’,” menurut beliau dan mengucapkan tahniah kepada jurutera serta mereka yang terlibat dengan projek itu.

Enjin turbofan kebangsaan Turkiye, TF-6000 itu dirancang untuk digunakan oleh projek-projek tentera dan sivil.

Dinamakan “Kizilelma”, pesawat pejuang tanpa pemandu itu yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology telah pun melakukan penerbangan sulungnya pada 14 Disember 2022.

Ketua Pegawai Teknologi Baykar Selcuk Bayraktar melahirkan keyakinan bahawa pesawat pejuang supersonik tanpa pemandu “Kizilelma” yang sedang dibangunkan oleh syarikatnya akan mengatasi pesawat pejuang F-35 dan mencabar pesawat-pesawat pejuang yang lain.

Enjin turbofan TF-6000 itu menarik perhatian antarabangsa kerana ia menampilkan teknology ‘advance blisk’, single crystal turbine blades dan penggunaan bahan api yang rendah.

Pembangunan enjin turbofan TF-6000 adalah amat kritikal dalam usaha Turkiye untuk menunjukkan kepada seluruh kapasiti inovasi dan kemampuannnya untuk menghasilkan enjin tanpa perlu bergantung kepada dunia luar.

Dron “Anka-3”

 

Buat pertama kali, enjin turbofan buatan tempatan sudah bersedia untuk digunakan oleh platform-platform aeroangkasa Turkiye.

Syarikat TEI merupakan usahasama di antara Turkish Aerospace Industries (TAI) dan General Electric Aerospace (GE Aerospace).

TEI mempunyai kemampuan untuk membangunkan kesemua jenis enjin untuk digunakan oleh kesemua platform sama ada ia adalah untuk pesawat pejuang, dron, helikopter dan juga peluru-peluru berpandu.

Baru-baru ini, syarikat itu menyatakan bahawa enjin buatan dalam negeri yang akan digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima negara itu “KAAN” sudah hampir siap.

“Engine TF-10000 yang akan menghasilkan 6,000 lbf kuasa tujahan (thrust) dan akan melengkapi banyak platform berpemandu dan tidak berpemandu (manned and unmanned) termasuk pesawat pejuang KAAN sudah hampir siap,” kata ketua TEI, Mahmut Faruk Aksit kepada media tempatan Turkiye baru-baru ini.

“Kizilelma”

 

Enjin turbofan TF-10000 itu adalah enjin turbofan yang paling berkuasa pernah dibangunkannya setakat ini dan merupakan enjin yang telah dinaiktaraf daripada enjin turbofan TF-6000 sebelum ini.

Beberapa minggu lepas, pesawat pejuang generasi kelima buatan Turkiye “KAAN” telah melakukan penerbangan sulungnya dan ia adalah detik yang bersejarah kepada negara Mediterranean itu yang memulakan projek itu kira-kira lapan tahun yang lalu pada 2016.

TEI juga akan katanya akan melancarkan enjin yang akan melengkapkan helikopter penyerang keluaran TAI iaitu ATAK-2. — DSA

EnjinfeaturedTEITF-6000Turkiye