Tentera Laut Turkiye Berjaya Lancar Varian Peluru Berpandu ATMACA Lancaran Kapal Selam
Varian peluru berpandu anti-kapal ATMACA dilancarkan daripada kapal selam peluru telah memperluaskan pilihan operasi dengan membolehkan kapal selam Turkiye menyerang sasaran di permukaan dari jarak jauh, sambil mengekalkan profil pengesanan yang rendah.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Turkiye telah berjaya melaksanakan ujian tembakan pertama bagi varian peluru berpandu ATMACA lancaran kapal selam (Submarine-Launched Anti Ship Missile) yang dibangunkan oleh industri tempatan negara Mediterranean itu.
Ujian tembakan peluru berpandu anti-kapal ATMACA tersebut telah dilakukan di Laut Mediterranean Timur dari kapal selam diesel-elektrik Type 209/1400 Tentera Laut Turkiye, TCG Preveze (S-353).
Varian peluru berpandu anti-kapal ATMACA dilancarkan daripada kapal selam peluru telah memperluaskan pilihan operasi dengan membolehkan kapal selam Turkiye menyerang sasaran di permukaan dari jarak jauh, sambil mengekalkan profil pengesanan yang rendah.
Pengumuman mengenai kejayaan pelancaran peluru berpandu anti-kapal ATMACA varian lancaran kapal selam itu dibuat oleh Presiden Sekretariat Industri Pertahanan (SSB) negara itu,Prof Haluk Görgün, menerusi platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Peluru berpandu anti-kapal ATMACA varian lancaran kapal selam itu telah dilancarkan menggunakan sistem pengurusan tempur (CMS) Müren yang baru, yang telah dilengkapkan pada kapal selam tersebut sebagai sebahagian daripada program naik taraf pertengahan hayat (Mid-Life Upgrade -MLU).
Naik taraf ini membolehkan kapal selam Turkiye mengintegrasikan senjata buatan tempatan, termasuk torpedo berat AKYA serta peluru berpandu anti-kapal ATMACA yang dikapsulkan.
Peluru berpandu anti-kapal ATMACA itu ditempatkan dalam kapsul kalis air yang dilengkapi propeller, direka khas untuk dimuatkan ke dalam tiub torpedo bersaiz 533 mm milik kapal selam terbabit.
ATMACAATMACA
Selepas dilancarkan, kapsul itu bergerak menjauhi kapal selam sebelum peluru berpandu diaktifkan dan keluar dari kapsul.
Dengan panjang antara 4.8 hingga 5.2 meter dan berat kurang daripada 800 kilogram, peluru berpandu ATMACA dilengkapi dengan kepala peledak berkuasa tinggi seberat 250 kilogram.
Peluru berpandu ini mempunyai jarak serangan melebihi 220 kilometer.
Peluru berpandu anti-kapal ATMACA mula dibangunkan pada tahun 2009, dengan ROKETSAN bertanggungjawab membangunkan struktur utama peluru berpandu, manakala ASELSAN membangunkan kepala pencari gelombang radio (RF) serta sistem pemanduannya dan Kale Arge membangunkan enjinnya.
Selepas berjaya menjalani ujian tembakan pertama dari platform darat pada tahun 2017, peluru berpandu ATMACA telah melaksanakan ujian tembakan pertama dari kapal perang pada November 2019, menggunakan korvet kelas-Ada (MILGEM) keempat Tentera Laut Turkiye, TCG Kınalıada, di Laut Hitam.
Ujian seterusnya melibatkan peluru berpandu yang dilengkapi dengan kepala peledak aktif, yang dilaksanakan dari TCG Kınalıada pada Februari 2021.
ATMACAATMACA
Pada ketika ini, peluru berpandu anti-kapal ATMACA berperanan sebagai senjata serangan utama bagi Tentera Laut Turkiye dan secara beransur-ansur menggantikan peluru berpandu anti-kapal Boeing RGM-84 Harpoon buatan Amerika Syarikat.
Peluru berpandu anti-kapal ATMACA kini digunakan pada korvet kelas-Ada serta frigat yang sedang menjalani program naik taraf pertengahan hayat (MLU) kapal friget kelas-Barbaros milik Tentera Laut Turkiye.
Minat antarabangsa terhadap peluru berpandu anti-kapal ATMACA juga semakin meningkat, dengan Indonesia dan Malaysia antara negara yang memutuskan untuk memilikinya.
Pada November 2022, Indonesia menandatangani kontrak untuk memperoleh 45 peluru berpandu ATMACA manakala Malaysia turut memilih ATMACA dan merancang untuk mengintegrasikannya ke dalam tiga kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2, yang dibangunkan berdasarkan rekabentuk korvet kelas-Ada Turkiye.