Peluru Berpandu Ballistik Jarak Dekat TAYFUN Berjaya Bedil Sasaran Laut Dalam Ujian Ketiga
“TAYFUN berjaya memenuhi kriteria jarak dan ketepatan yang telah ditetapkan melalui ujian pelancaran terbaharu. Ujian ini mengesahkan parameter prestasi sistem tersebut dan memberikan sumbangan yang signifikan dalam proses pembangunan." -- Presiden Industri Pertahanan Turkiye (SSB) Prof Dr Haluk Gorgun.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Turkiye mencapai satu lagi kejayaan bermakna peluru berpandu ballistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile – SRBM) TAYFUN yang sedang dibangunkannya berjaya membedil sasaran laut (sea surface) dengan tepat pada ujian pelancarannya yang ketiga.
Peluru berpandu ballistik jarak dekat TAYFUN itu dibangunkan oleh syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN.
“TAYFUN berjaya memenuhi kriteria jarak dan ketepatan yang telah ditetapkan melalui ujian pelancaran terbaharu. Ujian ini mengesahkan parameter prestasi sistem tersebut dan memberikan sumbangan yang signifikan dalam proses pembangunan,” menurut kenyataan Presiden Industri Pertahanan Turkiye (SSB) Prof Dr Haluk Gorgun.
Laporan daripada portal pertahanan Turkiye, SavunmaSanayiST.com pula menyatakan bahawa ujian pelancaran ketiga peluru berpandu ballistik jarak dekat TAYFUN itu dilancarkan daripada Lapangan Terbang Rize-Artvin.
Semasa ujian pelancaran peluru berpandu ballistik jarak dekat TAYFUN itu yang berkeupayaan membedil sasaran sejauh lebih daripada 500km, lalulintas udara dan laut terpaksa terganggu di kawasan seluas 700km.
Peluru berpandu ballistik jarak dekat TAYFUN yang memenuhi tugasan yang dikehendaki terhadapnya telah berjaya membedil sasaran di laut dengan tepat.

“Memandangkan peluru berpandu balistik kebiasaannya meletup dalam jarak 50-100 meter dari kawasan sasaran, TAYFUN yang mengenai sasarannya dengan ketepatan pada skala sentimeter telah menjadi kebanggaan industri pertahanan Turki.”
Dalam pada itu, terdapat tanda-tanda bahawa konfigurasi berlainan pada peluru berpandu ballistik jarak dekat TAYFUN.
Sementara produksi besar-besaran TAYFUN sedang berjalan untuk Tentera Darat Turkiye, terdapat juga kemungkinan konfigurasi peluru berpandu ballistik itu untuk membedil sasaran laut akan dibangunkan pada masa depan.
Ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada varian peluru berpandu ballistik anti kapal TAYFUN sedang dibangunkan.
Peluru berpandu ballistik ini, yang berukuran kira-kira 6.5 meter panjang, mempunyai diameter 610 mm dan seberat 2,300 kilogram.
Menggunakan ‘sistem panduan koordinat’ yang dibangunkan syarikat pertahanan tempatan ROKETSAN, peluru berpandu ballistik jarak dekat ini dilengkapi dengan kepala peledak pre-shaped fragmentation.
Dibangunkan untuk memusnahkan kemudahan dan sasaran strategik, TAYFUN turut direka dengan struktur yang tahan terhadap segala aktiviti peperangan elektronik.
Dengan cruising speed yang mencapai tahap hypersonik, TAYFUN juga amat sukar dikesan dan dipintas oleh sistem pertahanan udara serta peluru berpandu (interceptor) musuh.
Pada Oktober 2022, ROKETSAN dan pihak berkuasa pertahanan Turkiye telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat TAYFUN buat pertama kali, membedil sasaran sejauh 560km.
Ujian pelancaran itu menjadikan TAYFUN sebagai peluru berpandu balistik paling jauh jaraknya yang dimiliki oleh Turkiye pada ketika ini.
Syarikat ROKETSAN merancang untuk menambah jarak peluru berpandu balistik TAYFUN daripada 560km pada ketika ini kepada kira-kira 1,000km.
