Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Pilih Admiral Makarov Sebagai “Panglima” Kapal Perangnya Di Laut Hitam

Selepas hampir sebulan tidak mempunyai ketua, Tentera Laut Russia akhirnya memilih kapal friget “Admiral Makarov” yang merupakan kapal perang kelas-Admiral Grigorovich sebagai ketua bagi kapal-kapal perangnya yang bernaung di bawah Armada Laut Hitam.

0 1,704

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam kejadian yang menggemparkan dunia pada 14 April yang lepas, kapal perang kruiser milik Russia “Moskva” telah tenggelam selepas kapal yang ditauliahkan dalam Tentera Laut Russia pada 1979 itu terkena bedilan peluru berpandu anti-kapal “Neptune” yang dilancarkan oleh Tentera Ukraine.

Selepas tenggelamnya “Moskva” di dasar Laut Hitam akibat bedilan tentera Ukraine itu, armada kapal-kapal perang Tentera Laut Russia tidak mempunyai sebuah kapal perang yang bertindak sebagai ketua bagi Armada Laut Hitam.

Selepas hampir sebulan tidak mempunyai ketua, Tentera Laut Russia akhirnya memilih kapal friget “Admiral Makarov” yang merupakan kapal perang kelas-Admiral Grigorovich sebagai ketua bagi kapal-kapal perangnya yang bernaung di bawah Armada Laut Hitam.

Makarov
“Admiral Makarov”

 

Apakah kapal friget “Admiral Makarov” akan menerima nasib yang sama sebagaimana dialami oleh “Moskva” ?

Berbanding dengan kapal kruiser “Moskva”, kapal friget “Admiral Makarov” yang berpengkalan di Sevastopol merupakan sebuah kapal perang yang moden dan baru sahaja ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Russia pada tahun 2017.

Kapal friget seberat 4,000 tan itu memiliki panjang 124 meter dan 200 orang anak kapal.

Walaupun tidak se-gah kapal kruiser “Moskva”,namun kapal friget “Admiral Makarov” tidak kurang menggerunkan musuhnya kerana ia dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem persenjataan termasuk dipercayai peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon” atau Zircon.

Moskva
Kapal perang “Moskva” Tentera Laut Russia selepas ia terkenal bedilan “Neptune”

 

Mampu belayar selaju 30 knot, kapal friget yang bertindak sebagai ketua bagi Armada Laut Hitam Tentera Laut Russia ini juga dilengkapi dengan sebuah meriam 100mm A-190, lapan pelancar (vertical launch system –VLS) bagi  peluru berpandu “Tsirkon”, “Oniks” atau “Kalibr.”

Selain itu, kapal perang “Admiral Makarov” juga dilengkapi dengan 24 pelancar VLS  bagi peluru berpandu pertahanan udata 9M317M, dua sistem AK-630 Close In Weapon System (CIWS),  lapan sistem peluru berpandu Manpads Needle-S (Igla) atau Verba, dua tiub torpedo 533 mm dan satu pelancar roket RBU-6000.

Kapal perang itu juga dilengkapi dengan dek penerbangan yang boleh digunakan untuk penerbangan dan pendaratan helikopter Ka-27.

Moskva
Kapal perang “Moskva”

 

Admiral Grigorovich juga dilengkapi dengan kemudahan tiga buah radar —  air search radar Fregat M2M, surface search radar 3Ts-25 Garpun-B, MR-212 / 201-1, Nucleus-2 6000Afire dan fire control radar JSC 5P-10 Puma FCS, 3R14N-11356 FCS, MR-90 Orekh SAM FCS. 

Pada 5 Mei lepas, terdapat laporan media mendakwa “Admiral Makarov” telah menerima nasib yang sama sebagaimana dialami oleh “Moskva” apabila ia dibedil oleh peluru berpandu anti-kapal “Neptune” yang dilancarkan oleh tentera Ukraine ketika ia berada berhampiran Pulau Zmiiny (Snake Island) di Laut Hitam kira-kira jam 23.00 (waktu tempatan).

Makarov

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bagaimanapun laporan oleh media-media Ukraine itu ternyata tidak lebih hanyalah propaganda kerana kapal “Admiral Makarov” telah dilihat di Laut Hitam sehari selepas dakwaan kejadian itu.

Kini kapal friget moden Tentera Laut Russia itu adalah “panglima” kepada kapal-kapal perang negara itu yang bernaung di bawah Armada Laut Hitam. — DSA

 

Comments
Loading...