Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

UAE Peroleh 300 Butir Peluru Berpandu METEOR, STORM SHADOW Untuk Rafale F4 Miliknya

Selain 300 butir peluru berpandu udara-ke-udara METEOR, laporan media turut menyatakan bahawa Tentera Udara UAE juga akan menerima 600 butir peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat ke sederhana MICA, peluru berpandu anti-kapal AM39 EXOCET, peluru berpandu kruis lancaran udara STORM SHADOW/SCALP EG dan bom pintar AASM HAMMER.

0 3,655
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sebahagian daripada pakej pembelian 80 buah pesawat pejuang Rafale F4 daripada Perancis pada 2021, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan akan turut menerima 300 butir peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR yang dibangunkan oleh firma pertahanan Eropah,MBDA.
Perolehan 300 butir peluru berpandu udara-ke-udara METEOR BVR (Beyond Visual Range) oleh UAE bagi digandingkan dengan pesawat-pesawat pejuang Rafale F4 miliknya itu hanya terdedah baru-baru ini.
Jika pendedahan itu terbukti adalah benar, maka sudah semestinya Tentera Udara UAE bakal memiliki peluru berpandu udara-ke-udara “paling berbahaya” untuk digandingkan dengan pesawat pejuang Rafale F4 miliknya.
Tentera Udara Mesir yang memiliki lebih daripada 50 buah pesawat pejuang Rafale juga tidak diberikan akses kepada peluru berpandu udara-ke-udara METEOR oleh Perancis, sebahagian besar adalah kerana bantahan daripada Israel dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat.
Selain 300 butir peluru berpandu udara-ke-udara METEOR, laporan media turut menyatakan bahawa Tentera Udara UAE juga akan menerima 600 butir peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat ke sederhana MICA, dengan sebahagian besar daripada peluru berpandu itu akan diperbuat dalam negara.
Pesawat-pesawat pejuang Rafale F4 Tentera Udara UAE juga dilaporkan akan diberikan akses kepada peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile) STORM SHADOW/SCALP EG yang berkeupayaan membedil sasaran-sasaran bernilai tinggi sejauh 500km.
Peluru berpandu kruis lancaran udara STORM SHADOW/SCALP EG itu akan diperbuat secara keseluruhannya di Perancis.
Meteor
“METEOR BVRAAM”
Selain itu, Tentera Udara UAE juga akan memperolehi peluru berpandu anti-kapal AM39 EXOCET dan juga bom-bom pintar (smart bombs) AASM HAMMER untuk digandingkan dengan pesawat pejuang Rafale F4 miliknya itu.
“Kesemua pakej senjata yang akan digandingkan dengan pesawat pejuang Rafale F4 milik UAE itu dianggarkan bernilai Euro 2 Billion (RM9.56 billion).”
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau Beyond Visual Range (BVRAAM) METEOR didakwa adalah peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia, mengatasi AIM-120 AMRAAM yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR yang dipandu menggunakan radar(radar guided) itu dilaporkan berkemampuan meluncur selaju Mach 4 dan membedil sasaran udara sejauh 200km.
METEOR adalah peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan boleh diintergrasikan dengan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Eurofighter Typhoon, Gripen, Rafale,F-35 dan kini KF-21 “Boramae”.
Panjang keseluruhan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR adalah 3.65 meter.
Storm Shadow
“Storm Shadow”
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu telah direka bentuk untuk menawarkan keupayaan serangan jarak jauh yang unggul, keupayaan membedil sasaran dengan tepat, dan tahap kelangsungan survivalbiliti yang tinggi dalam persekitaran yang mencabar.
Asas kepada prestasi cemerlang peluru berpandu udara-ke-udara METEOR ialah sistem propulsion.
Berbeza dengan peluru berpandu konvensional yang menggunakan kuasa roket, peluru berpandu METEOR dilengkapi dengan enjin ramjet dengan bahan api solid fuel.
Sistem propulsion yang canggih ini membolehkan peluru berpandu tersebut mengekalkan kelajuan tinggi—melebihi Mach 4—sepanjang penerbangannya, memberikan ia kelebihan ketara berbanding peluru berpandu biasa yang semakin perlahan apabila menghampiri sasaran.
UAE dan Perancis menandatangani kontrak pada Disember 2021 untuk memperolehi 80 pesawat Rafale—kontrak terbesar yang pernah ditandatangani oleh industri aeroangkasa tentera Perancis—menggambarkan 50 tahun kerjasama yang berjaya antara Angkatan Tentera UAE dan Dassault Aviation.
Kontrak perolehan 80 buah pesawat pejuang Dassault Rafale oleh UAE itu bernilai US$19 billion (RM83.4 billion) dan merupakan perjanjian pertahanan terbesar yang pernah dimeterai dalam sejarah industri aeroangkasa tentera Perancis.
HAMMER
AASM “HAMMER”
RAFALE
Pesawat pejuang Rafale Tentera Udara UAE
UAE telah menempah 80 unit Rafale versi F4, yang merupakan varian paling moden dengan sistem avionik, senjata, dan keupayaan pertempuran terkini.
Pada akhir Januari lalu, pesawat pejuang Rafale F4  pertama milik UAE telah didedahkan kepada umum oleh syarikat pembuatnya, Dassault Aviation kepada umum selepas kontrak perolehan ditandatangani empat tahun lepas.
Ia adalah Rafale F4 yang pertama daripada 80 buah pesawat pejuang itu yang dibeli oleh UAE daripada Perancis.
Pesawat pertama Rafale F4  Tentera Udara UAE itu telah didedahkan kepada umum oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dassault Aviation Eric Trappier sambil disaksikan oleh Menteri Angkatan Tentera Perancis Sebastien Lecornu dan Menteri Negara Bagi Hal Ehwal Pertahanan UAE Mohamed bin Moubarak Fadhel Mazrouei.
“Pesawat ini akan digunakan bagi ujian awal sebelum penghantaran rasmi bermula pada tahun 2027, melibatkan 80 unit Rafale yang ditempah oleh UAE daripada @Dassault_OnAir—satu bukti keunggulan industri pertahanan kami,” kata Menteri Angkatan Tentera Perancis Sebastien Lecornu menerusi platform X.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.