Menteri Sahkan LMS Batch Kedua TLDM Dilengkapi Persenjataan Canggih
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa kumpulan kedua kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih canggih berbanding kumpulan pertama empat buah kapal terbabit yang dibina di China.