Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Menteri Sahkan LMS Batch Kedua TLDM Dilengkapi Persenjataan Canggih

Laporan media pertahanan asing mengatakan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua TLDM ini akan dilengkapi dengan meriam 57mm,  meriam 30mm Close-In Weapon System (CIWS) dan dua pelancar peluru berpandu anti-kapal NSM yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

0 2,791

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa kumpulan kedua kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih canggih berbanding kumpulan pertama empat buah kapal terbabit yang dibina di China.

Bercakap dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan hari ini, beliau berkata, perancangan teliti untuk memperolehi kumpulan kedua tiga buah kapal LMS itu (buat permulaan) telah pun dimulakan oleh TLDM.

“MinDef (Kementerian Pertahanan) telah memulakan perancangan serius untuk melaksanakan perolehan LMS kelompok kedua dan ia akan bermula dengan tiga buah LMS yang bakal dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih canggih,” katanya.

LMS Batch
Pelancaran peluru berpandu anti-kapal “NSM”

 

Menteri Pertahanan itu bagaimanapun tidak mendedahkan apa yang dimaksudkannya dengan sistem persenjataan lebih canggih yang bakal melengkapi kapal-kapal LMS Batch Kedua itu.

Bagaimanapun laporan-laporan media semasa pameran Defence Services Asia 2022 yang baru sahaja berakhir menyebut bahawa kapal LMS Batch Kedua TLDM adalah sepanjang di antara 85 meter hingga ke 100 meter.

Kelajuan maksimum kapal LMS Batch Kedua TLDM ini adalah 28 knot manakala cruising speed pula adalah 14 knot.

Manakala sistem persenjataannya pula, kapal-kapal LMS Batch Kedua TLDM ini akan dilengkapi dengan meriam 57mm,  meriam 30mm Close-In Weapon System (CIWS) dan dua pelancar peluru berpandu anti-kapal NSM yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway.

LMS Batch
Meriam 57mm

 

Selain itu, kapal-kapal LMS Batch Kedua itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-pesawat jarak rendah bagi point defence daripada sebarang serangan udara.

Penggunaan peluru berpandu Kongsberg NSM itu pada admin adalah tepat atas faktor commonality dengan sistem peluru berpandu anti-kapal yang bakal digunakan oleh enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Pada pameran DSA 2022 itu, beberapa buah syarikat tempatan yang berganding dengan rakan-rakan luar negaranya telah mempamerkan rekabentuk kapal-kapal LMS Batch Kedua yang bakal ditawarkan kepada TLDM.

LMS
Rekabentuk kapal korvet “Ada” Tentera Laut Turki sebagaimana ditawarkan  untuk program LMS Batch Kedua TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Berdasarkan kepada rekabentuk ini, kapal-kapal LMS Batch Kedua itu bakal memiliki berat di antara 1800 tan sehingga 2400 tan.

Syarikat-syarikat daripada negara China, Belanda, Turki dan Korea Selatan nampaknya berminat untuk membekalkan kapal-kapal LMS Batch Kedua kepada TLDM.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany baru-baru ini berkata pihaknya merancang untuk memperolehi tiga buah kapal LMS terlebih dahulu di bawah program perolehan buah kapal LMS Batch 2.

TLDM dikatakan sedang merancang untuk memperolehi sehingga lapan buah kapal LMS Batch 2 kedua pada tahun, dengan pembinaannya akan dilaksanakan secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025). — DSA

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM.
Comments
Loading...