Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lapan Buah Kapal LMS Batch 2 TLDM Mulai Tahun Depan, MRSS Dan NGPV?

Kerajaan akan memperolehi kumpulan kedua lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS Batch 2) bermula daripada tahun depan. Lapan buah kapal LMS Batch 2 itu akan menambah empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC).

0 8,444

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekiranya peruntukan untuk pertahanan diteruskan sebagaimana dirancang oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bermula tahun ini hingga tahun 2025, maka Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka akan menerima beberapa pertambahan aset.

Bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19, terdapat kemungkinan peruntukan untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara pada RMK-12 ini akan terjejas, walaupun admin berharap ia tidak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan RMK-12 pada 27 Sept ini.

Dua hari lepas, dalam satu jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Bukit Bendera (DAP-Bukit Bendera) Wong Hong Hai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menggariskan beberapa perkara tentang perolehan aset-aset baru untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan dalam jawapan bertulis itu menyatakan bahawa kerajaan akan memperolehi kumpulan kedua lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS Batch 2) bermula daripada tahun depan.

TLDM
Kapal LMS milik TLDM (gambar kredit TLDM)

 

Lapan buah kapal LMS Batch 2 itu akan menambah empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Beberapa syarikat dalam dan luar negara telah pun menghantar cadangan mereka tentang pembinaan kapal-kapal LMS Batch 2 itu.

Kapal LMS pertama hasil kerjasama BNS dan CSOC, KD Keris  dan LMS kedua, KD Sundang telah pun memasuki perkhidmatan TLDM pada 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2021 manakala LM3 ketiga, Badik telah pun diterima beberapa hari lepas.

Kapal LMS keempat, Rencong dijangka diserahkan kepada negara pada Disember tahun ini.

Dalam jawapan bertulis itu, Hishammuddin juga berkata kerajaan akan melakukan perolehan sebanyak dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) untuk TLDM yang dijangka bermula pada tahun 2024.

TLDM
gambar kredit TLDM

 

Ia adalah untuk memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM juga dijangka akan memasuki inventori perkhidmatan pada Mac dan Mei tahun depan, manakala 13 buah Fast Interceptor Craft (FIC) pula dijangka memasuki perkhidmatan TLDM secara berfasa mulai Mac 2023 hingga Mac 2024.

Bagi RMK-13 yang akan bermula pada tahun 2026 hingga tahun 2030, TLDM merancang untuk memperolehi sebanyak enam buah Kapal Peronda Generasi Baharu (New Generation Patrol Vessel – NGPV).

Bagi TUDM pula, Menteri Pertahanan itu berkata, Pembangunan Pelan Strategik TUDM yang berasaskan kepentingan negara yang mendokong warfighting concept dengan mengabungkan pelbagai domain pertahanan – Darat, Laut, Udara dan Siber.

Pelan ini seperti yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan adalah merentasi ruang lingkup kerangka kedaulatan di kawasan teras, lanjutan dan hadapan.

“Mekanisme tindak balas TUDM merangkumi komponen pasif (diplomasi ketenteraan dan pengesanan ancaman) dan komponen aktif (penghindaran dan penyingkiran ancaman) melalui atur gerak aset-aset mengikut keperluan semasa.”

TLDM
gambar kredit TLDM

 

“Merangka beberapa perolehan aset baharu TUDM bagi memenuhi keperluan operasi seperti Fighter Lead=In Trainer (FLIT) – Light Combat Aircraft (LCA), Multi-Role Combat Aircraft (MRCA), Maritime Patrol Aircraft (MPA), Long Range Air Defence Radar, Medium-Range Air Defence Missile System (MERAD), Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE-UAS) dan Helikopter Utiliti.”

Beliau berkata, perolehan aset tersebut adalah bagi meningkat kuasa operasi TUDM di samping menaiktaraf sistem pengawasan ruang udara, sistem perisikan udara dan mengoptimumkan operasi TUDM.

“Selain itu, ATM amnya dan khususnya TLDM dan TUDM sentiasa mendokong aspirasi pertahanan di dalam menjalin hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa melalui pelbagai inisiatif perkongsian berwibawa (hubungan dua hala dan pelbagai hala),”katanya.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...