(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG21) telah mengukuhkan kerjasama pertahanan melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka semalam.
Eksesais ini melibatkan 3 buah aset TLDM iaitu KD Lekiu, KD Jebat dan helikopter Super Lynx.
Ketumbukan UKCSG21 pada kali ini terdiri daripada 4 buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda.
Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen.
Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth, sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini.
Selain komited terhadap keselamatan maritime dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut sahabat, TLDM mengalukan eksesais meningkatkan interoperability serta persefahaman di lapangan.
Bahagian Komunikasi Strategik
Markas Pemerintahan Armada Barat
Lumut Perak