Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Destroyer Type 45 Kelas Daring, “HMS Defender” Berlabuh Di Brunei

Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring dikesan berlabuh Muara, Brunei dijangka berada di negara bekas jajahan British itu selama beberapa hari, sebelum meneruskan pelayaran ke Laut China Selatan.

0 1,424

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal Tentera Laut British, HMS Defender, yang merupakan salah sebuah daripada kapal pengiring Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat HMS,Queen Elizabeth kini berada di Brunei.

Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring dikesan berlabuh Muara, Brunei dijangka berada di negara bekas jajahan British itu selama beberapa hari, sebelum meneruskan pelayaran ke Laut China Selatan.

HMS Queen Elizabeth sudah pun berada di Selat Melaka dan sedang menuju ke Singapura bersama-sama kapal-kapal pengiringnya yang lain.

Sebelum itu CSG21 dan kapal pengangkut pesawat terbaru Britain itu mengadakan latihan dengan tentera laut India, Malaysia dan Thailand.

Kapal HMS Defender yang merupakan “air defence destroyer” ini bukan calang-calang punya kapal kerana ia memiliki radar berkuasa tinggi yang mampu mengesan pesawat musuh sehingga 400km dan menjejaki 1000 sasaran dalam satu-satu masa.

HMS Defender
Antara persenjataan HMS Defender.

 

Selain membawa peluru berpandu anti-kapal “Harpoon,” kapal seberat 9,800 tan (full displacement) itu juga dilengkapi dengan sistem pertahanan udara Aster-15, Aster-30 dan Sea Viper (bakal diganti dengan Sea Ceptor).

Jikalau masih ingat, kapal HMS Defender yang memiliki berat diantara 8,400 tan hingga 9,400 tan dan 191 anak kapal merupakan kapal perang yang sama terlibat dalam insiden dengan Tentera Russia di perairan Crimea di Laut Hitam tidak dahulu.

Kapal HMS Defender inilah yang hampir dibom oleh pesawat-pesawat pejuang Russia dalam insiden yang mencemaskan di Laut Hitam.

HMS Defender

 

Kini kapal perang British itu sudah pun berada di Laut China Selatan dan kemungkinan sedang “merancang” sesuatu untuk mencabar dakwaan China bahawa ia merupakan pemilik kepada 90 peratus daripada perairan Laut China Selatan.

So dua tiga hari ini, suasana di Laut China Selatan akan menjadi lebih menarik apabila CSG21 dan HMS Queen Elizabeth belayar di pelayaran strategic itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...