Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal TLDM, KD Jebat Adakan Latihan Dengan Kapal HMS Queen Elizabeth, CSG21

Menurut akaun Twitter Komander CSG21 iaitu Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse hari ini, beliau mengumumkan di dalam Bahasa Malaysia bahawa UK Carrier Strike Group telah mengadakan latihan bersama TLDM.

0 8,336

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mengadakan latihan bersama dengan kapal-kapal daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth.

Menurut akaun Twitter Komander CSG21 iaitu Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse hari ini, beliau mengumumkan di dalam Bahasa Malaysia bahawa UK Carrier Strike Group telah mengadakan latihan bersama TLDM.

“Latihan ini mencerminkan komitmen bersama terhadap keselamatan maritim dan kerjasama serantau di Asia Tenggara. #CSG21 #Global Britain,” kata beliau dalam ciapannya di dalam akaun Twitternya hari ini.

Dalam ciapan Twitter Komander CSG21, beliau tidak menerangkan bentuk latihan yang dijalankan dengan kapal TLDM itu atau di mana.

Bagaimanapun dalam empat keping gambar yang sertakan bersama ciapan beliau itu,  kapal TLDM yang terlibat sama adalah KD Jebat (FF29), manakala latihan itu berkemungkinan Passing Exercise (PASSEX).

TLDM
Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

Walau apapun, kita ucapkan tahniah kepada TLDM dan Selamat Datang kepada CSG21 dan HMS Queen Elizabeth.

Setakat berita ini ditulis, tiada lagi kenyataan daripada TLDM.

Terdahulu, sebuah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Astute Tentera Laut British, “HMS Artful” membuat kemunculan dengan dengan berlayar pada permukaan di perairan Singapura hari ini.

Kapal selam berkuasa nuklear itu, merupakan salah sebuah daripada kapal pengiring kepada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang dipercayai bakal memasuki Selat Melaka pada bila-bila masa.

TLDM
Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

Ia menyertai kapal destroyer HMS Defender serta kapal oiler replenishment RFA Tidespring yang telah pun sampai ke perairan Singapura beberapa hari lepas.

Dan hari ini menerusi aplikasi-aplikasi penjejakan kapal,kita juga dapat tahu bahawa kapal friget Tentera Laut British, HMS Kent dan kapal bantuan RFA Fort Victoria telah belayar di Selat Melaka bersama-sama kapal destroyer Tentera Laut Amerika Syarikat, USS The Sullivans serta kapal friget Tentera Laut Belanda, HMLMS Evertsen.

Kesemua kapal ini adalah sebahagian daripada rombongan CSG21.

Kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth juga dipercayai berada bersama.

TLDM
Gambar kredit Commodore Steve Moorhouse di @smrmoorhouse

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...