Amerika Mula Lengkapi Hornet Klasiknya Dgn Radar AESA, TUDM Bagaimana?
Memandangkan TUDM bercadang menggunakan kelapan-lapan buah pesawat F/A-18D Hornet miliknya sehingga tahun 2035 sebelum dibersarakan, maka adalah wajar TUDM mempertimbangkan supaya pesawat Legacy Hornet-nya itu dilengkapi dengan dengan radar APG-79 (V) 4 AESA (Active Electronically Scanned Array). Amacam....
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu perkembangan yang amat menarik untuk dipantau oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pengguna F/A-18D “Hornet” yang lain, syarikat Raytheon telah berjaya menerbangkan pesawat F/A-18C/D dipanggil “Legacy Hornet” (Classic Hornet) milik Tentera Laut Amerika yang dilengkapkan dengan radar APG-79 (V) 4 Active Electronically Scanned Array (AESA) baru-baru ini.
Radar APG-79 (V) 4 AESA adalah derivatif atau varian kepada radar APG-79 AESA yang kini digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F “Super Hornet” dengan kedua-duanya menggunakan teknologi dan komponen yang sama.
Pesawat pejuang Legacy Hornet yang dilengkapi dengan radar AESA itu telah menjalani ujian penerbangan di Naval Air Weapon Station di China Lake, California.
Ia merupakan penerbangan ujian pertama bagi pesawat Hornet yang dilengkapi dengan radar APG-79 (V) 4 AESA selepas prototaip radar itu yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon diserahkan kepada pihak tentera Amerika pada 2021.
Memandangkan TUDM bercadang menggunakan kelapan-lapan buah pesawat F/A-18D Hornet sehingga ke tahun 2035, maka adalah wajar untuk ia mempertimbangkan agar pesawat-pesawat Hornet-nya itu turut dilengkapkan dengan dengan radar APG-79 (V) 4 AESA itu dalam tahun mendatang ini.
Mana la tahu, program naik taraf Mid Life Upgrade (MLU) yang sedang dijalankan oleh TUDM terhadap pesawat F/A-18 Hornet turut meliputi usaha naik taraf radarnya kepada radar AESA daripada radar yang yang digunakannnya pada ketika ini.
Melengkapkan pesawat Hornet TUDM dengan radar AESA akan memastikan pesawat-pesawat pejuang “Legacy Hornet” kita terus dilengkapi dengan teknologi terkini dalam melaksanakan tugasan mereka dan mampu bersaing dengan pesawat-pesawat negara jiran yang mula menggunakan radar AESA.
Pesawat-pesawat F-16C/D Singapura juga telah dinaiktaraf dengan menggunakan radar AESA.
Menurut syarikat Raytheon, penerbangan ujian pesawat Legacy Hornet dengan radar AESA itu menunjukkan integrasi radar berkenaan dengan avionik pesawat klasik berjalan dengan lancar dan lebih banyak pernerbangan ujian menggunakan radar AESA itu akan dilakukan.
Syarikat Raytheon juga menyatakan bahawa penerbangan ujian pesawat Hornet dengan radar AESA itu akan membolehkan kerja-kerja integrasi radar itu dengan pesawat Hornet menjadi lebih kos efektif dan mudah diselenggara.
Radar APG-79 (V) 4 AESA yang dilengkapkan pada pesawat Legacy Hornet itu adalah radar pertama menggunakan Gallium Nitride (GaN) AESA fire-control technology yang membolehkan radar itu memiliki kemampuan untuk mengesan dan menjejaki pesawat musuh daripada kedudukan yang lebih jauh dan lebih tepat.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Radar AESA itu juga akan membolehkan pesawat dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang lebih berkemampuan.
Pada tahun lepas, US Naval Air Systems Command telah menganugerahkan kontrak modifikasi tambahan untuk membekalkan lebih banyak radar bagi pesawat-pesawat Hornet.
Keseluruhan nilai produksi mencecah US$300 juta (RM1.2 bilion) yang meliputi pelanggan-pelanggan dalan dan luar negara.
Pada ketika ini, pesawat-pesawat Hornet TUDM menggunakan radar multi-mode dan semua cuaca AN/ APG-73.
— DSA
Comments are closed.