Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kor Marin Amerika Pertingkat Kemampuan Pesawat “Legacy Hornet” Miliknya

Pesawat-pesawat “Legacy Hornet” milik Kor Marin Amerika Syarikat masih boleh melaksanakan pelbagai misi dengan amat baik termasuk Close Air Support(CAS) untuk membantu anggota marin di daratan berikutan peningkatan keupayaan pesawat dalam aspek avionik dan peperangan elektronik, radar AESA, self protection jammer serta sistem persenjataan baru seperti AIM-120D, AIM-9X dan Advanced Precision Kill Weapon System.

0 1,898

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Kor Marin Amerika Syarikat dilengkapi dengan pelbagai pesawat pejuang terkini, namun ia masih lagi mengekalkan sekurang-kurangnya tiga buah skuadron pesawat pejuang “Legacy Hornet” iatu F/A-18 C/D, varian pesawat pejuang Hornet sama sebagaimana digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Negara pengguna “Legacy Hornet” seperti Australia telah memutuskan untuk membersarakan pesawat pejuang berusia mereka itu dan menggantikannya dengan varian “Super Hornet”, tetapi bagi Kor Marin Amerika Syarikat mereka masih mengekalkan khidmat pesawat F/A-18 C/D lagi,walaupun dengan bilangan yang semakin kecil.

Kepercayaan Kor Marin Amerika Syarikat terhadap kemampuan pesawat “Legacy Hornet” miliknya tetap utuh walaupun ia disifatkan sebagai pesawat pejuang yang berusia.

Hornet
Pesawat “Legacy Hornet” F/A-18D milik Kor Marin Amerika di sebuah pangkalan udara di Norway baru-baru ini.

 

Terbaru, pesawat pejuang berusia milik Kor Marin itu terdiri daripada empat buah pesawat dua tempat duduk F/A-18C dan satu tempat duduk F/A-18D telah dikerah untuk melakukan tugas di frontline iaitu di Norway.

Tugasan getir pesawat “Legacy Hornet” milik Kor Marin Amerika di Norway itu melibatkan pemantauan terhadap pergerakan pesawat-pesawat pejuang Russia di sempadan negara itu dengan Russia pada ketika hubungan Moscow  dengan Amerika Syarikat dan Eropah berada dalam keadaan yang amat tegang akibat konflik di Ukraine.

Selain lima buah pesawat pejuang “Legacy Hornet” di Norway, Kor Marin turut mengerahkan lima lagi pesawat berusia F/A-18C/D di pangkalan udara dirahsiakan di timur Eropah, juga dengan matlamat untuk memantau pergerakan pesawat tentera Russia

Kepercayaan Kor Marin Amerika terhadap pesawat “Legacy Hornet” miliknya itu tetap utuh walaupun ia telah menggantikan kebanyakkan pesawat F/A-18C dan F/A-18D dengan pesawat-pesawat generasi kelima F-35 Joint Strike Fighter.

Hornet
Pesawat F/A-18D milik Kor Marin Amerika Syarikat di Norway.

 

Untuk memastikan pesawat-pesawat “Legacy Hornet” mereka kekal relevan dengan teknologi aeroangkasa masa kini, Kor Marin dua tahun lepas telah bertindak menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang “Legacy Hornet” miliknya.

Antara program naik taraf paling utama dilakukan oleh Kor Marin Amerika Syarikat terhadap pesawat “Legacy Hornet” miliknya adalah dengan menggantikan radar lamanya kepada radar jenis AESA (Active Electronically Scanned Array).

Pada tahun ini,pesawat-pesawat “Legacy Hornet” yang dinaiktaraf itu akan dilengkapi dengan radar AESA APG- 79(V)4 bagi menggantikan radar multimode dan semua cuaca AN/ APG-73, sebagaimana yang digunakan oleh lapan buah pesawat F/A-18D TUDM.

Radar AESA APG-79(V)4 yang kini melengkapi pesawat-pesawat Hornet berusia Kor Marin Amerika itu adalah scaled version radar AESA APG-79 yang digunakan oleh pesawat-pesawat Super Hornet milik kor itu.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dengan radar yang baru itu dibangunkan oleh syarikat Raytheon, ia akan membenarkan pesawat-pesawat Legacy Hornet milik Kor Marin itu berhadapan dengan lebih banyak sasaran dan mengesan pesawat musuh pada jarak yang lebih jauh.

Kor Marin Amerika telah memutuskan untuk menaik taraf sejumlah 84 buah pesawat “Legacy Hornet” miliknya bagi memastikan ia dapat meneruskan khidmatnya sehingga tahun 2030.

Pesawat-pesawat “Legacy Hornet” milik Kor Marin Amerika Syarikat ini masih boleh melaksanakan pelbagai misi dengan amat baik termasuk Close Air Support(CAS) untuk membantu anggota marin di darat selepas peningkatan keupayaan dalam aspek avionik dan peperangan elektronik, radar AESA, self protection jammer serta sistem persenjataan baru seperti AIM-120D, AIM-9X dan Advanced Precision Kill Weapon System. — DSA

 

 

Comments
Loading...