Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apabila F/A-18D TUDM Gugur Bom GBU-16 Paveway II Di Tanduo

Tindakan pesawat Hornet itu menggugurkan dua butir bom Paveway II terhadap kedudukan musuh di Lahad Datu itu merupakan kali pertama bom panduan laser terbabit digunakan oleh mana-mana tentera udara di Asia Tenggara dalam operasi ketenteraan. TUDM mencipta sejarah.

0 18,875

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, kedengaran balik dakwaan-dakwaan mengatakan bahawa ada sekumpulan lelaki bersenjata berada di Lahad Datu dan sebelum ini dakwaan bahawa Royal Sulu Force (RSF) yang berpengkalan di selatan Filipina merancang untuk menyerang Sabah.

Walaupun kedua-dua dakwaan itu telah pun dinafikan oleh pihak Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi ia tetap menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada penduduk di Sabah terutamanya yang tinggal di pantai timur negeri itu.

Dakwaan-dakwaan ini kemungkinan besar hanyalah sebahagian daripada usaha “psy-war” atau “permainan minda” (mind games) pihak-pihak tertentu yang sememangnya mahu melihat Sabah sentiasa berada di dalam ketidakstabilan manakala penduduknya berada di dalam ketakutan.

Mereka mungkin sudah lupa bahawa sejak peristiwa pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 sehingga sekarang, landskap keselamatan dan pertahanan negara terutamanya di pantai timur Sabah sudah jauh berubah.

Pantai Timur Sabah pada ketika ini diibaratkan seperti “Fortress Sabah” dengan lapisan demi lapisan barisan pertahanan (layered defences) yang telah dirangka dengan teliti oleh perancang keselamatan dan pertahanan negara.

TUDM
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM (credit to the owner of the pix)

 

Walaupun apa yang diusahakan sejak 2013 tidak akan menjamin 100 peratus bahawa Sabah tidak akan berhadapan dengan insiden keselamatan, tetapi keadaan pada masa ini adalah jauh lebih baik daripada aspek keselamatan dan pertahanan.

Banyak aset-aset keselamatan dan pertahanan negara kini ditempatkan di Sabah bagi memastikan sebarang “adventurism” sebagaimana peristiwa di Lahad Datu pada 2013 itu ditangani oleh polis dan ATM menggunakan “overwhelming force.”

Pihak-pihak tertentu ini mungkin sudah lupa dengan apa yang telah berlaku terhadap mereka dan anggota mereka apabila berhadapan dengan anggota polis dan ATM ketika “ Ops Daulat” pada 2013 itu.

Tanduo
Kawah yang dhasilkan daripada letupan bom GBU-16 Paveway II di Kampung Tanduo. (pix credit to owner)

 

Mungkin mereka ini perlu diberikan peringatan supaya jangan sesekali mencabar.

Salah satu contoh “overwhelming force” oleh pasukan keselamatan kita adalah apabila serangan dilancarkan terhadap kedudukan penceroboh di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi, 5 Mac 2013 dan persenjataan yang digugurkan oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada tarikh itu, sebuah pesawat F/A-18D Hornet ( M45-07 ) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menggugurkan dua butir bom GBU-16 Paveway II seberat 454 kilogram yang menggunakan panduan laser target designator terhadap kedudukan-kedudukan kumpulan bersenjata Sulu itu di Kampung Tanduo.

Boleh lihat kill marking pada pesawat terbabit.

Tanduo
(kredit gambar www.panggilanpertiwi.my)

 

Bom GBU-16 Paveway II itu adalah berdasarkan kepada bom Mk83.

Tidak pasti apa yang berlaku terhadap anggota bersenjata Sulu apabila kedudukan mereka dibedil oleh dua butir bom panduan laser seberat hampir 500kg setiap satu, tetapi sudah pasti ia tidak berakhir dengan kegembiraan. Tidak kubu boleh menyelamatkan mereka.

Maklumat mengatakan ramai pengganas Sulu terbunuh dalam serangan Paveway II itu.

Bukan sahaja penganas Sulu terpaksa berdepan dengan bom-bom panduan laser Paveway II, tetapi kedudukan mereka di Kampung Tanduo juga dihujan dengan bedilan-bedilan mortar pelbagai kaliber dan meriam 105mm sepanjang masa daripada unit-unit ATM yang mengelilingi kedudukan mereka.

Tanduo
Bom panduan laser GBU-16 Paveway II

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Tindakan pesawat Hornet itu menggugurkan dua butir bom Paveway II terhadap kedudukan musuh di Lahad Datu itu merupakan kali pertama bom panduan laser terbabit digunakan oleh mana-mana tentera udara di Asia Tenggara dalam operasi ketenteraan.

TUDM mencipta sejarah.

Penggunaan “overwhelming force” sebagaimana penggunaan bom-bom panduan laser GBU-16 Paveway II oleh pesawat TUDM terhadap kedudukan musuh bakal berulang sekiranya penganas-penganas Sulu masih masih “mencuba nasib.”

— DSA

Tanduo
Bedilan mortar 81mm terdapap kedudukan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada 2013.
Comments
Loading...