Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ukraine Mahu Miliki Pesawat Pejuang Generasi Kelima Turkiye “KAAN”

“Kita (Ukraine) bukan sahaja akan membelinya (pesawat pejuang KAAN),tetapi kita juga akan menggunakannya dan kita tahu dimana kita akan menggunakannya,” kata Duta Ukraine ke Turkiye, Vasyl Bodnar.

0 4,150

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ukraine menjadi antara negara pertama yang menyatakan secara terbuka hasratnya untuk memiliki pesawat pejuang generasi kelima Turkiye dinamakan “KAAN” yang akan melakukan penerbangan sulungnya tidak lama lagi.

Hasrat Ukraine untuk memiliki pesawat pejuang “KAAN” itu telah dinyatakan oleh duta Ukraine ke Turkiye, Vasyl Bodnar ketika bercakap dengan CNN Turk baru-baru ini.

“Kita (Ukraine) bukan sahaja akan membelinya (pesawat pejuang KAAN),tetapi kita juga akan menggunakannya dan kita tahu dimana kita akan menggunakannya,” kata beliau sambil menambah bahawa Ukraine sedang memantau dengan teliti perkembangan pesawat pejuang generasi kelima “Kaan” itu.

Beliau percaya bahawa pesawat pejuang “KAAN” itu memiliki potensi untuk bersaing dengan pesawat-pesawat pejuang generasi kelima yang lain sepertu F-35 dan juga F-22 buatan Amerika Syarikat.

Katanya, pembangunan pesawat pejuang “KAAN” itu adalah usaha untuk meneroka masa depan.

KAAN
“KAAN”

 

Duta Ukraine ke Turkiye itu juga berkata bahawa pasukan daripada negara Eropah Timur itu terus bekerjasama dengan pasukan daripada Turkiye dalam pembangunan enjin untuk pesawat pejuang generasi kelima “KAAN.”

“Pasukan daripada Ukraine terus bekerja untuk projek KAAN,” kata beliau.

 Selepas tertangguh beberapa bulan, pesawat pejuang generasi kelima Turkiye, “KAAN” dijangka melakukan penerbangan sulung pada sebelum bulan Mac ini, menurut ketua pegawai eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI).

Perkara itu dinyatakan oleh Temel Kotil dan dipetik oleh media-media tempatan baru-baru ini.

Menurut beliau, penerbangan sulung pesawat pejuang “KAAN” itu dijangka akan berlaku sebelum akhir Mac ini memandangkan pesawat itu perlu melakukan lagi “beberapa ujian” penting.

Sebelum ini, pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” itu dijangka melakukan penerbangan sulungnya pada akhir Disember tahun lepas, sebelum dibatalkan pada saat-saat akhir selepas dilakukan siri ujian di darat (ground test) dan ujian taxi (taxi test).

KAAN
“KAAN”.

 

Pengenalan pesawat pejuang generasi kelima Turkiye, “KAAN” itu membuktikan bahawa Turkiye tidak memerlukan pesawat pejuang F-35 di dalam armada tentera udaranya.

Turkiye kini memiliki pesawat pejuang generasi kelima pengganti kepada F-35.

TAI yang merupakan kontraktor utama bagi program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima “KAAN” itu, dilapor akan menyiapkan sejumlah 20 buah pesawat pejuang KAAN Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye pada tahun 2028.

Menjelang tahun 2029, TAI dijangka mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun.

Pesawat pejuang generasi kelima KAAN itu bakal menggantikan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye.

KAAN
“KAAN”

 

 KAAN sebelum ini hanya dikenali sebagai TF-X atau Milli Muharip Ucak (National Combat Aircraft -MMU).

Hampir 100 peratus pesawat generasi kelima Turkiye itu dibangunkan oleh industri pertahanan negara itu sendiri, kecuali beberapa bahagian pesawat seperti kerusi injal (ejection seat), enjin dan joystick (controller).

Bagaimanapun ketiga-tiga komponen asing pada pesawat KAAN tu akan digantikan dengan komponen buatan Turkiye apabila pembangunan pesawat itu memasuki fasa lebih maju.

Data-data awal menyatakan bahawa pesawat pejuang “KAAN” itu akan mempunyai Maximum Take-Off Weight (MTOW) 27,200kg  dan mampu mencapai kelajuan maksimum Mach 2. — DSA

(LAGI BERITA TENTANG “KAAN”)

Notis

Comments
Loading...