Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Naik Taraf Peluru Berpandu “Iskander”, “Kinzhal” Untuk Jadikannya Lebih “Berbahaya”

Usaha tentera Russia menaiktaraf kedua-dua peluru berpandu itu akan menyaksikan “Iskander” dan “Kinzhal”,  di antaranya mempunyai jarak bedilan yang lebih jauh berbanding ketika ini, lebih lincah (daya manuver tinggi) serta dilengkapi dengan kuasa peledak yang lebih kuat.

0 731

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan Russia bercadang menaiktaraf peluru berpandu taktikal “Iskander” dan peluru berpandu hypersonik lancaran-udara “Kinzhal” bagi menjadikannya lebih “berbahaya” untuk musuh-musuhnya.

Usaha-usaha naiktaraf kedua-dua peluru berpandu itu akan menyaksikan “Iskander” dan “Kinzhal”,  antaranya mempunyai jarak bedilan yang lebih jauh, lebih lincah (daya manuver tinggi) serta dilengkapi dengan kuasa peledak yang lebih kuat.

Kedua-dua senjata ini telah memainkan peranan yang penting dalam kempen ketenteraan ketenteraan Russia di Ukraine, dengan Moscow menggunakan kedua-dua peluru berpandu itu untuk membedil sasaran-sasaran penting milik tentera Ukraine.

Bersama-sama peluru berpandu kruis KH-101, peluru berpandu “Kalibr” dan dron berani mati “Geran-2” (Shahed-136), Russia telah menggunakan “Iskander” dan “Kinzhal” dalam serangan-serangan jarak jauh Moscow terhadap Ukraine.

Semasa mengadakan lawatan ke Mechanical Engineering Design Bureau di Kolomna baru-baru ini, Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu telah membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan peluru-peluru berpandu Russia terutamanya “Iskander” dan “Kinzhal.”

Iskander
Sistem peluru berpandu ballistik taktikal “Iskander-M”

 

Menurut pakar persenjataan Russia, antara peningkatan kemampuan terhadap peluru-peluru berpandu itu adalah memperbaiki kemampuan penerbangannya bagi mengelak ia daripada dijejaki dan seterusnya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara.

Selain itu, pihak tentera Russia juga perlu memperluaskan pilihan jenis-jenis pesawat pejuang atau pengebom yang boleh melancarkan peluru-peluru berpandu itu.

Pada ketika ini,peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” hanya boleh dilancarkan oleh varian “K” dan “I” pesawat pemintas MiG-31.

Bagaimanapun baru-baru ini, Tentera Udara Russia mula menggunakan pesawat pejuang Su-34 untuk melancarkan peluru berpandu hypersonic “Kinzhal” tetapi ia dikatakan kurang berkesan kerana kelajuan pesawat pejuang itu yang lebih rendah berbanding MiG-31 yang boleh mencapai kelajuan sehingga Mach 3.

Peluru berpandu taktikal “Iskander” atau dipanggil oleh NATO SS-26 “Stone” yang mula memasuki perkhidmatan tentera Russia pada 2006.

Kinzhal
 Pesawat pejuang MiG-31K dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Kinzhal”

 

Berkemampuan membawa sehingga 400kg bahan peledak konvensional dan juga nuklear, peluru berpandu “Iskander” boleh membedil sasaran bermula daripada 280km sehinggalah kepada kira-kira 700km jauh bergantung kepada varian peluru berpandu itu.

Varian-varian peluru berpandu taktikal “Iskander” itu turut dieksport ke beberapa negara termasuk Belarus, Armenia, Korea Utara, China, Algeria dan juga Korea Selatan yang bertindak membangunkan varian “Iskander” tempatanya dipanggil “Hyunmoo.”

Peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” pula telah dibangunkan daripada peluru berpandu taktikal darat “Iskander” bagi membolehkannya dilancarkan daripada platform udara.

Memiliki ciri-ciri “low radar signature” dan tahap kelincahan yang tinggi, peluru berpandu hypersonik itu direkabentuk untuk menyerang sasaran darat dan laut menggunakan peledaknya seberat 500kg dan sejauh 480km.

Iskander
“Iskander-M’

 

Peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” itu boleh meluncur selaju 10 kali kelajuan bunyi.

Walaupun sudah berada dalam status operasional sejak 2017, namun peluru berpandu hypersonic itu digunakan untuk operasi kombat buat pertama kali untuk memusnahkan sebuah depot peluru Ukraine pada 18 Mac 2023.

Sejurus selepas itu, peluru berpandu hypersonik “Kinzhal” muncul sebagai peluru berpandu hypersonik yang pertama digunakan di dunia. — DSA

(LEBIH BANYAK BERITA TENTANG “KINZHAL”)

Notis

 

Comments
Loading...