Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penduduk Kumpul Dana US$5.4 Juta Belikan Ukraine “Bayraktar TB2”

Pengumpulan dana awam daripada penduduk Lithuania itu telah dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen online negara itu, Laisves TV yang ditubuhkan pada 2016. Dana tersebut telah berjaya dikumpul dalam hanya tempoh tiga hari sahaja.

0 2,690

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penduduk di Lithuania telah berjaya mengumpul dana awam (crowdfunding) sebanyak US$5.4 juta (RM21.6 juta) untuk membelikan tentera Ukraine pesawat tanpa pemandu “Bayraktar TB2” buatan Turki.

Pesawat Tanpa Pemandu Bayraktar TB2 itu adalah untuk kegunaan tentera Ukraine bagi menentang tentera Russia yang menceroboh negara mereka.

Pengumpulan dana awam daripada penduduk Lithuania itu telah dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen online negara itu, Laisves TV yang ditubuhkan pada 2016. Dana tersebut telah berjaya dikumpul dalam hanya tempoh tiga hari sahaja.

Bayraktar TB2

Kerajaan Ukraine telah mengucapkan terima kasih terhadap usaha mengumpul dana awam untuk membeli pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2.

Tidak pasti bagaimana duit sebanyak US$5.4 juta yang diperolehi daripada usaha pengumpulan dana awam Lithuania itu akan digunakan membeli pesawat tanpa pemandu dibangunkan oleh syarikat pembuat dron Turki.

Sebelum ini, tentera Ukraine telah membeli pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2  dan menggunakan sistem itu terhadap kolum-kolum armor tentera Russia yang menceroboh negara itu serta kedudukan artileri negara itu dengan jayanya.

Pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 itu telah dibangunkan oleh syarikat Baykar daripada Turki.

Bayraktar
Kesan serangan oleh Bayraktar TB2

 

Pada permulaan konflik di antara Ukraine dan Russia, pihak kerajaan di Kiev telah mengeluarkan pelbagai video yang menunjukkan kejayaan serangan-serangan yang dilakukan oleh Bayraktar TB2 terhadap kereta-kereta kebal, kereta perisai dan artilleri Russia.

Bagaimanapun, laporan media-media Barat terkini mengatakan bahawa Russia sudah berjaya menangani ancaman daripada Bayraktar TB2 dan menembak jatuh beberapa sistem pesawat tanpa pemandu itu.

Media-media Russia turut telah memaparkan gambar-gambar bangkai Bayraktar TB yang berjaya ditembak jatuh oleh pihak tenteranya.

Bayraktar TB2

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Usaha pengumpulan dana awam oleh penduduk Lithuania untuk digunakan bagi membeli Bayraktar TB2 untuk tentera Ukraine merupakan usaha terbaru untuk membekalkan senjata pada tentera Ukraine bagi digunakan terhadap tentera Russia.

Ukraine turut mendapat bantuan senjata daripada kerajaan-kerajaan asing terutamanya Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara Eropah yang lain.

Baru-baru ini pentadbiran Presiden Jo Biden telah meluluskan peruntukan sebanyak US$40 bilion untuk membekalkan pelbagai jenis sistem persenjataan kepada Ukraine. — DSA

 

 

Comments
Loading...