Amerika “Ditertawa” Minta Turkiye Bayar Sewa Kerana Simpan F-35 Miliknya
Turkiye sepatutnya memperolehi 100 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu, tetapi Washington bertindak "mengeluarkan" negara Mediterranean itu daripada program pembangunan pesawat terbabit selepas Ankara bertindak membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam permintaan yang dianggap sebagai “pelik”, Amerika Syarikat telah meminta Turkiye supaya membayar sewa terhadap beberapa buah pesawat F-35 miliknya yang kini “tersadai” di hangar di negara Amerika Utara itu, selepas Ankara dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima itu.
Turkiye sepatutnya memperolehi 100 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu, tetapi Washington bertindak “mengeluarkan” negara Mediterranean itu daripada program pembangunan pesawat terbabit selepas Ankara bertindak membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.
Sebagai negara anggota penting NATO, Turki diberikan “keutamaan” dalam perolehan pesawat generasi kelima itu.

Malah Ankara telah membayar “wang pendahuluan” sebanyak US$1.4 bilion (RM5.4 bilion) kepada Amerika Syarikat untuk menyertai program pembangunan pesawat itu.
Turkiye juga meminta Washington memulangkan kembali wang pendahuluan itu, tetapi tidak dilayan Amerika Syarikat, malah ia kini ia mahu Ankara membayar sewa kerana kononnya “terpaksa menyimpan” pesawat F-35 milik negara Mediterranean itu.
Sebagai negara peserta program pembangunan pesawat itu, beberapa syarikat pertahanan Turkiye turut terlibat dalam pembinaan sub-sistem penting pesawat itu, dengan kemudahan pembinaan pesawat itu turut dibina di negara Mediterranean itu.
Media-media negara Mediterranean menganggap tuntutan “bayaran sewa” oleh Amerika Syarikat kerana bertindak menyimpan pesawat F-35 Turki di dalam hangar di negara “Uncle Sam” itu sebagai sesuatu yang amat pelik dan menggelikan hati.
Ia adalah kerana mereka berpendapat Amerika Syarikat merupakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan Turki daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 itu dan bukannya pihak Turkiye.

Apa yang membangkitkan kemarahan media-media Turki adalah Greek yang merupakan musuh tradisi Turki turut memiliki sistem pertahanan udara buatan Russia iaitu S-300 tetapi tidak diambil tindakan oleh Washington.
Malah pentadbiran Presiden Jo Biden kini sedang berusaha untuk menjual pesawat F-35 kepada Greek, dalam tindakan yang dianggap sebagai mempermain-mainkan perasaan rakyat Turki.
Comments are closed.