Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Projek Ozgur” Pastikan Pesawat F-16 Turki Dilengkapi Radar AESA Tempatan

Turki menerusi syarikat pertahanannya sendiri, ASELSAN telah melancarkan "Projek Ozgur" yang bakal melihat kira-kira 35 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 30 milik tentera udaranya dinaiktaraf dengan teknologi tempatan. Antara komponen utama yang bakal dipasang kepada pesawat-pesawat F-16 yang sudah berusia milik Turki adalah radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

0 2,333

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, Turki berhadapan dengan kesukaran untuk menaiktaraf lebih daripada 270 buah pesawat pejuang F-16 yang digunakan oleh tentera udaranya, sekaligus menyebabkan kemerosotan kekuatan udaranya.

Turki merupakan pengguna terbesar pesawat pejuang F-16 di luar Amerika Syarikat, dengan pesawat yang dibina secara berlesen di negara Mediterranean itu merupakan tulang belakang kepada tentera udara negara itu.

Bagaimanapun pesawat-pesawat F-16 itu telah berusia dan Turki perlu menaiktarafnya secepat mungkin bagi memastikan ia terus dapat bersaing dengan pesawat-pesawat pejuang baru yang dibeli oleh negara serantau terutama musuh tradisinya, Greek.

Usaha menaiktaraf pesawat F-16 Turki kepada varian terkini berhadapan pelbagai rintangan selepas ia melanggar arahan Amerika Syarikat dengan bertindak membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Bukan sahaja ia dikenakan sekatan senjata oleh Amerika Syarikat, malah Turki dikeluarkan daripada program F-35 dimana ia telah pun bersetuju untuk membeli kira-kira 100 buah pesawat pejuang generasi kelima.

F-16 Turki
Juruterbang wanita pesawat pejuang F-16 Turki

 

Usaha Turki membeli 40 buah pesawat F-16V Block 70 dan 80 “modifications kits” bernilai US$6 bilion (RM24 bilion) sehinagga kini masih terumbang-ambing disebabkan tindakan Amerika Syarikat.

Oleh kerana itu, Turki menerusi syarikat pertahanannya sendiri, ASELSAN telah melancarkan Projek Ozgur yang bakal melihat kira-kira 35 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 30 tentera udara negara dinaiktaraf dengan teknologi tempatan.

Projek Ozgur itu bakal membebaskan Turki daripada kebergantungan kepada negara asing di dalam aspek menaiktaraf pesawat-pesawat F-16 miliknya yang telah berusia.

Antara komponen utama yang bakal dipasang kepada pesawat-pesawat F-16 yang sudah berusia milik Turki adalah radar AESA (Active Electronically Scanned Array).

Semalam, Presiden Industri Pertahanan Turki (SSB) Ismail Demir telah memperkenalkan radar AESA yang dibangunkan sendiri oleh negara itu secara rasmi.

Aselsan

Menurut beliau, Projek Ozgur akan dilaksanakan secepat mungkin dengan memasang radar AESA pada pesawat tanpa pemandu “Akinci” dan pesawat-pesawat pejuang F-16 milik tentera udara negara itu bagi memastikan ia memiliki kemampuan terkini dan dipermodenkan.

Radar AESA itu akan memastikan pesawat-pesawat serta dron Akinci itu berkemampuan membawa pelbagai peluru berpandu dan sistem persenjataan pintar yang dibangunkan oleh industri pertahanan Turki.

Antara peningkatan kemampuan yang bakal diperolehi daripada radar AESA buatan Turki sebagaimana didakwa oleh industri pertahanan negara itu adalah kemampuan mengesan lebih banyak sasaran dan pada jarak yang lebih jauh secara serentak, ketahanan daripada serangan elektronik (electronic countermeasures) dan lain lagi

F-16 Turki

Tidak banyak negara yang mampu menghasilkan radar AESA dan ia menunjukkan keupayaan industri pertahanan Turki.  

Selain pesawat-pesawat F-16, radar AESA buatan tempatan itu juga akan dipasangkan pada sistem pesawat tanpa pemandu “Akinci” serta pesawat pejuang ringan yang sedang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) “Hurjet” yang turut ditawarkan kepada Malaysia untuk program perolehan pesawat FLIT/LCA.

Selain dilengkapkan dengan radar AESA, pesawat-pesawat berusia F-16 Block 30 Turki itu juga akan menjalani peningkatan kemampuan avionik dengan kelengkapan sistem dan komponen moden buatan tempatan.

Dibawah “Projek Ozgur” itu juga jumlah jam pesawat F-16 Block 30 juga akan ditingkatkan daripada 8,000 jam kepada 12,000 jam.– DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...