Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hubungan Turki, Amerika Bakal Lebih Meruncing Jika Ankara Gagal Beli 40 Pesawat F-16

Ankara memerlukan pesawat-pesawat F-16 yang baru daripada Amerika Syarikat itu serta kit pemodenan pesawat pejuang bagi membolehkan ia menggantikan serta memanjangkan usia pesawat F-16 yang sedang digunakannya pada ketika ini.

0 2,837

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hubungan diplomatik di antara dua anggota NATO, Turki dan Amerika Syarikat bakal akan menjadi semakin meruncing sekiranya permohonan oleh Ankara untuk membeli 40 buah pesawat F-16 Block 70 daripada Amerika Syarikat dihalang oleh anggota Kongres dan Senat negara itu.

Turki turut memohon untuk membeli 80 peralatan kit permodenan pesawat-pesawat F-16 daripada Amerika Syarikat.

Ankara memerlukan pesawat-pesawat F-16 yang baru daripada Amerika Syarikat itu serta kit pemodenan pesawat pejuang bagi membolehkan ia menggantikan serta memanjangkan usia pesawat F-16 yang sedang digunakannya pada ketika ini.

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar dilaporkan berkata, pesawat-pesawat F-16 sedia ada Turki sedang menghampiri penghujung jangka hayatnya, membuatkan perolehan pesawat F-16 baru daripada Amerika itu semakin kritikal.

Negara Mediterranean itu merupakan di antara pengguna terbesar pesawat F-16 buatan Amerika Syarikat dengan 270 buah daripada pelbagai varian termasuk F-16C/D Block 30, Block 40 dan Block 50 berkhidmat dengan Tentera Udara Turki.

Pesawat-pesawat F-16 Turki dibina under license oleh syarikat tempatan, Turkish Aerospace Industries (TAI)

F-16 Turki
Juruterbang F-16 Turki

 

Rundingan dengan Amerika Syarikat pada ketika ini melibatkan penjualan sebanyak 40 buah pesawat F-16 Block 70 yang merupakan F-16 paling moden.

Bagaimanapun cadangan pembelian pesawat F-16 oleh Turki yang sepatutnya berjalan dengan lancar memandangkan Ankara adalah anggota NATO, sama seperti Amerika Syarikat, sebaliknya menjadi begitu rumit selepas campurtangan anggota-anggota Kongres dan Senat negara itu.

Anggota Senat dan Kongres Amerika Syarikat yang menentang penjualan pesawat-pesawat F-16 kepada Turki itu adalah daripada parti-parti Demokrat dan Republikan yang dipercayai terpengaruh dengan alasan-alasan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan lobi pro-Greek di negara itu.

Kerajaan Greek sememangnya merayu Washington dan Presiden Jo Biden supaya tidak membenarkan Turki memperolehi 40 buah pesawat F-16 dan kit pemodenan pesawat.

F-16 Turki

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Anggota pembuat undang-undang Amerika Syarikat menentang penjualan pesawat F-16 itu kepada Turki sebagai hukuman kepada Ankara kerana berdegil membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Turki membeli sistem pertahanan udara S-400 selepas Amerika Syarikat enggan menjual kepadanya sistem pertahanan udara “Patriot.”

Amerika Syarikat bimbang sekiranya sistem pertahanan udara “S-400” akan menjejaskan keselamatan negara-negara NATO sekiranya sistem pertahanan udara buatan Russia itu diintegrasikan dengan sistem pertahanan NATO.

Bagaimanapun Turki menafikannya sambil menyatakan bahawa sistem S-400 itu beroperasi secara sendirian tanpa diintegrasi dengan sistem pertahanan udara Eropah.

F-16 Turki
Sistem Pertahanan Udara S-400

 

 

Disebabkan kedegilan Turki itu, penyertaan negara Mediterranean itu dalam program pembangunan pesawat F-35 itu telah ditamakan dan Turki juga dikeluarkan daripada program itu.

Turki telah membayar sebanyak US$1.4 bilion untuk menyertai program pembangunan pesawat itu.

Presiden Erdogan mahu menggunakan bayaran sebanyak  US$1.4 bilion daripada program pembangunan pesawat F-35 itu sebagai wang pendahuluan untuk memperolehi 40 pesawat F-16 Block 70 dan peralatan yang lain.

Cadangan oleh Erdogan itu mendapat tentang daripada pihak kongress dan senat Amerika Syarikat.

F-1g Turki
Presiden Turki Erdogan dengan Presiden Amerika Syarikat, Jo Biden.

 

Jika Turki gagal membeli pesawat F-16 Block 70 daripada Amerika Syarikat itu, terdapat cadangan suaya Ankara mengikuti jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memilih pesawat Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis

UAE membeli 80 buah pesawat Rafale kerana Amerika Syarikat dilihat berdolak-dalik untuk menjual sejumlah pesawat pejuang generasi kelima  F-35 kepadanya.

Bagaimanapun prospek Ankara memberi pesawat Rafale adalah tipis kerana hubungannya dengan Perancis yang agak tegang disebabkan sokongan terbuka Paris terhadap Greek dalam isu perairan timur Mediterranean.

Selain pesawat Rafale, Ankara juga telah ditawarkan oleh Russia untuk membeli pesawat-pesawat pejuangnya sama ada Su-35 atau pun Su-75 yang sudah pun memasuki perkhidmatan tentera udara Russia.

So, apa tunggu lagi Turki? — DSA

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Comments
Loading...