Tentera Laut Korea Selatan Bakal Miliki “HMS Queen Elizabeth”
Selepas China,Jepun dan India, kini giliran Korea Selatan untuk memiliki kapal pengangkut pesawat bagi menjamin kedudukannya sebagai kuasa tentera laut di Asia serta menangani rejim Korea Utara, walaupun terdapat dikalangan penduduk negara itu membantah perolehan kapal itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas Jepun mengubahsuai kapal Landing Helicopter Dock (LHD) “JS Izumo” dan “JS Kaga” untuk menjadi kapal pengangkut pesawat mini, kini tibalah giliran Korea Selatan pula untuk merealisasikan hasratnya untuk memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) pula.
Di tengah-tengah ketegangan di rantau Asia-Pasifik akibat sikap agresif China dan Korea Utara, wujud seakan-akan perlumbaan di antara negara kuasa tentera Asia untuk membina kapal pengangkut pesawat.
Selepas China,Jepun dan India, kini giliran Korea Selatan untuk memiliki kapal pengangkut pesawat bagi menjamin kedudukannya sebagai kuasa tentera laut di Asia serta menangani rejim Korea Utara, walaupun terdapat dikalangan penduduk negara itu membantah perolehannya.
Segelintir penduduk di Korea Selatan berpendapat kapal pengangkut pesawat itu tidak ubah seperti sebuah “keranda bergerak” terutamanya apabila berada dalam jangkauan sistem peluru berpandu anti-kapal dan serangan udara pihak musuh.
Mereka menyatakan bahawa negara Asia Timur yang juga kuasa ekonomi Asia tidak memerlukan kapal pengangkut pesawat dengan pembinaan kapal seumpama disifatkan sebagai suatu pembaziran.
Walaupun begitu, kerajaan Korea Selatan tetap mahukan sebuah kapal pengangkut pesawat.
National Assembly Korea Selatan pada Disember tahun lepas, telah meluluskan belanjawan pertahanan sebanyak US$48 bilion yang termasuk perbelanjaan awal untuk merekabentuk kapal pengangkut pesawat pertama negara itu.

Ia adalah langkah pertama untuk Korea Selatan merealisasikan hasratnya untuk memiliki kapal pengangkut pesawat.
Kerja-kerja merekabentuk kapal pengangkut pesawat itu dijangka bermula pada tahun ini, dengan aset tentera laut Korea Selatan itu dijangka mula belayar melaksanakan operasinya pada tahun 2033.
Pada ketika ini terdapat dua bidaan daripada dua kumpulan syarikat yang berbeza untuk membina kapal pengangkut yang pertama untuk Korea Selatan.
Comments are closed.