Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

61 Peratus Aset TLDM “Lebih Had Umur”, “Usang”

Pengurusan aset usang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dilakukan menerusi tiga pendekatan merangkumi repowering (kuasa semula), obsolescence programme (program aset usang) dan obsolescence management (pengurusan aset usang).

0 4,726

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyatakan bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya telah beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

“Justeru, TLDM amat komited dengan rancangan pembangunan keupayaan atau Program Transformasi TLDM 15 to 5. Namun, program transformasi ini perlu diubah suai dan dibuat penjajaran semula disebabkan cabaran yang dihadapi iaitu kelewatan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan perolehan-perolehan lain,” kata panglima TLDM Tan Sri Mohd Reza Sany sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional, BERNAMA semalam.

“Alhamdulillah Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan projek LCS akan disambung semula dan ia telah menyuntik semangat kepada ‘navy people’ (warga TLDM),” menurut Panglima TLDM itu.

TLDM
Aset-aset maritim TLDM yang terlibat dalam Eks Borneo War. (TLDM)

 

Didalam satu temuramah khas dengan sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan semalam pula,  beliau berkata, program pengurusan aset usang sedang dijalankan sementara menunggu ketibaan aset baru.

Pengurusan aset usang itu dilakukan menerusi tiga pendekatan merangkumi repowering (kuasa semula), obsolescence programme (program aset usang) dan obsolescence management (pengurusan aset usang).

“Pertama program repowering untuk menggantikan sistem  kuasa gerak (enjin, kotak, gear dan propeller) dan sistem jana kuasa (generator) bagi kapal dari skuadron kapal ronda laju (FAC G).”

“Sehingga kini enam buah kapal telah selesai repowering manakala baki 5 buah lagi dalam perancangan sehingga tahun 2024.”

TLDM
(TLDM)

 

“Kedua obsolescence programme untuk menggantikan struktur (badan kapal) dan keseluruhan sistemnya kecuali beberapa peralatan legasi seperti meriam. Program ini sedang dilaksanakan ke atas tiga buah kapal dari skuadron FAC (M) sehingga tahun 2023.”

“Program Obsolescence Management melibatkan penggantian sistem penderia serta persenjataan kapal seperti radar dan meriam bagi kapal-kapal dari skuadron friget kelas Lekiu, korvet kelas Kasturi  dan kapal ronda generasi baru kelas Kedah.”

“Sehingga kini lapan sistem kapal telah berjaya digantikan manakala  baki lima sistem lagi sedang dijadualkan sehingga tahun 2025,” kata Panglima TLDM.

TLDM
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh CSOC.

 

Selain mengoperasikan aset usang, beliau juga berkata, TLDM terpaksa “menghidupkan semula” kapal-kapal peronda yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia tetapi tidak lagi digunakan oleh agensi terbabit.

Disebabkan kekangan aset katanya, TLDM perlu mencari kaedah atau pun pendekatan lain bagi mengisi jurang keupayaan kapal-kapal ronda termasuklah menggunakan kembali aset terpakai agar jurang keupayaan TLDM dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.

“Penerimaan semula kapal ronda tersebut merupakan langkah interim dimana mampu melengkapkan jumlah yang diperlukan untuk penugasan operasi.”

TLDM
(TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Buat masa ini TLDM sedang melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk mengembalikan semula keupayaan asal kapal tersebut. Ia merupakan suatu inisiatif unik. Rekabentuk superstructure asal kapal ronda itu telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan keselesaan warga kapal.”

“Kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan oleh limbungan kapal tempatan dijangka siap tahun ini, Insya-Allah,” kata beliau. — DSA

 

Comments
Loading...