Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera China Adakan Latihan Di Laut China Selatan, Cabar HMS Queen Elizabeth

Menurut pihak Maritime Safety Adminitration of China (MSA), latihan itu akan diadakan di perairan Chuandao di wilayah Guandong dan mana-mana kapal perlu menjauhi kawasan lima batu nautika semasa latihan diadakan.

0 4,472

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak sampai 24 jam selepas kapal-kapal perang Carrier Strike Group 21 (CSG21) dan kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth memasuki Laut China Selatan, Beijing hari ini mengumumkan ia akan mengadakan latihan tentera termasuk menggunakan peluru hidup di perairan strategik itu.

Menurut pihak Maritime Safety Adminitration of China (MSA), latihan itu akan diadakan di perairan Chuandao di wilayah Guandong dan mana-mana kapal perlu menjauhi kawasan lima batu nautika semasa latihan diadakan.

Satu lagi kawasan latihan tentera China di Laut China Selatan adalah di perairan Maoming juga di wilayah Guangdong, sebagaimana satu lagi notis yang dikeluarkan oleh MSA.

“Tentera China akan memantau dengan teliti aktiviti kapal-kapal perang British dan bersedia untuk bertindak sekiranya melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya. Mereka (tentera China) juga akan menggunakan latihan ini untuk mempelajari kapal perang terbaru British itu, “menurut seorang pakar tentera China kepada Global Times hari ini.

Akhbar nasionalis Global Times mempunyai hubungan yang rapat dengan Parti Komunis China dan kerajaan negara itu.

China
Latihan tentera yang bakal dilakukan oleh China di Laut China Selatan. (kredit @duandang)

 

Kapal HMS Queen Elizabeth yang mengetuai CSG21 kini berada di Laut China Selatan dan diiiringi oleh pelbagai kapal perang termasuk dua buah destroyer,tiga friget,dua buah kapal bantuan (oiler replenishment) dan kapal selam berkuasa nuklear.

Dua buah kapal destroyer Amerika Syarikat, USS Pinckney dan USS Benfold turut berada di Laut China Selatan ketika ini.

Menurut akhbar Global Times itu, kapal pengangkut pesawat British itu dan CSG21 dijangka akan mengadakan latihan di Laut China Selatan dan mengadakan pelayaran Freedom of Navigation Operations (FONOP) di pulau-pulau buatan manusia yang diduduki secara haram oleh China, sebagaimana yang dilakukan oleh kapal destroyer British,HMS Defender di perairan Laut Hitam beberapa minggu lepas.

HMS Queen Elizabeth

Menurut seorang pakar China lagi, kapal perang British itu mungkin akan melakukan pelayaran FONOP itu di Laut China Selatan sebagai solidariti dengan Amerika Syarikat.

“Mana-mana kapal perang British yang ‘menceroboh’ perairan China di pulau-pulau itu dan terumbu karang akan dihalau oleh kapal-kapal China,” kata pakar China itu kepada akhbar Global Times.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...