Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MoU Pertahanan M’sia-Korea Ditandatangani, “Bau Kimchi Semakin Dekat”

Adakah termeterainya MoU pertahanan antara Kuala Lumpur dan Seoul hari ini merupakan petanda bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan cabang-cabangnya bakal memperolehi sistem pertahanan keluaran Korea Selatan tidak lama lagi?

0 11,417

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia dan Korea Selatan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan, pada ketika beberapa syarikat negara Asia Timur itu sedang cuba “memikat” Kuala Lumpur supaya membeli sistem pertahanan keluaran mereka.

Adakah termeterainya MoU pertahanan antara Kuala Lumpur dan Seoul hari ini merupakan petanda bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan cabang-cabangnya bakal memperolehi sistem pertahanan keluaran Korea Selatan tidak lama lagi?

MoU pertahanan itu telah ditandatangani secara hybrid oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, Suh Wook.

FA-50
Pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Ia akan akan menjadi dokumen rujukan utama dalam interaksi, program dan aktiviti bersama antara ATM dengan Angkatan Tentera Republik Korea.

MoU pertahanan antara Malaysia dan Korea Selatan akan membawa manafaat penting dalam konteks diplomasi pertahanan serta kerjasama dalam bidang pertahanan.

Bagi memastikan MoU dapat dilaksanakan dengan baik, sebuah Jawatankuasa Kerja Kementerian Pertahanan kedua-dua negara akan diwujudkan bagi menerajui pelaksanaan MoU tersebut.

Admin dapat merasakan bahawa MoU pertahanan antara kedua-dua negara hari ini merupakan “pembuka langkah” kepada hubungan pertahanan yang lebih erat di antara Malaysia dan Korea Selatan.

FA-50

Hubungan pertahanan yang lebih erat antara Malaysia dan Korea Selatan ini juga berkemungkinan melibatkan pembelian sistem persenjataan buatan syarikat negara itu untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebagaimana yang kita tahu, syarikat aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) merupakan salah sebuah calon yang membida untuk membekalkan di antara 18 hingga 36 pesawat pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) kepada TUDM.

Kontrak itu dijangka bernilai RM4 biliion hingga RM8 bilion untuk bekalan sehingga 36 buah pesawat.

FA-50

KAI menawarkan pesawat FLIT/LCA FA-50 Block 20 kepada TUDM.

Bagaimanapun, gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu terpaksa bersaing dengan beberapa pesaing yang tidak kurang hebatnya seperti Leonardo M-346 FA, Tejas LCA, L-15 Hongdu, Hurjet dan beberapa pesawat yang lain.

Selain itu syarikat Korea Selatan, LIG Nex1 juga telah menawarkan sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM untuk TUDM.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, Cheongung merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

KS-SAM
Sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM” oleh syarikat Korea Selatan,LIG Nex1 yang ditawarkan kepada Malaysia.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Baru-baru ini, Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mengatakan TUDM bakal mengoperasikan tujuh aset baru seawalnya pada tahun 2024.

Diantara tujuh aset baru yang bakal dioperasikan oleh TUDM itu adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD).

Dalam perancangan pembangunan CAP 55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

Sebuah lagi syarikat Korea Selatan, Hyundai Rotem, yang merupakan anak syarikat kepada konglomerat terkenal negara itu, Hyundai, mengesahkan bahawa ia telah menawarkan kenderaan berperisainya, “K806” untuk program perolehan kenderaan perisai 6×6 oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk kegunaan Tentera Daratnya. — DSA

Rotem
Kenderaan Perisai K806 yang dibangunkan oleh syarikat Hyundai Rotem.

 

Comments
Loading...