Kenapa Thailand Enggan Tambah Gripen, Sebaliknya Memilih F-35?
Mengapa Thailand enggan menambah pegangan pesawat Gripen C/D atau memperolehi varian terkini pesawat keluaran Saab Group iaitu Gripen E, sebaliknya memilih sebuah pesawat baru yang ia tidak berpengalaman untuk mengendalikannya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, jemaah menteri Thailand telah meluluskan peruntukan sebanyak US$413.7 juta (RM2.8 bilion) untuk untuk memperolehi empat buah pesawat pejuang generasi kelima baru dipercayai F-35 Joint Strike Fighter.
Proses pembelian empat pesawat pejuang baru itu akan dilaksanakan pada tahun fiskal akan datang.
Kelulusan peruntukan kewangan pembelian empat buah pesawat pejuang baru itu berlaku selepas Panglima Tentera Udara Thailand Napadej Dhupatemiya menyatakan minat untuk memperolehi lapan buah pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Persoalannya, mengapa Thailand enggan menambah pegangan pesawat Gripen C/D atau memperolehi varian terkini pesawat itu Gripen E, sebaliknya memilih sebuah pesawat baru yang ia tidak berpengalaman untuk mengendalikannya.
Pesawat pejuang Gripen dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden.

Salah satu sebab mengapa ia mahu memiliki pesawat F-35 sebagaimana didakwa oleh banyak pihak dalam Thailand dan luar negara adalah kerana harga per-unit pesawat pejuang halimunan itu yang amat kompetitif pada ketika ini.
Penganalisis pertahanan mengatakan harga per-unit (hanya membabitkan pesawat sahaja) telah jatuh kepada kira-kira US$82 juta (RM328 juta) bagi varian A yang memerlukan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat berbanding di antara US$142 juta hingga US$160 juta (RM568 juta-RM640 juta) ketika ia mula-mula diperkenalkan di pasaran.
Harga per-unit bagi pesawat Gripen E, yang merupakan varian terkini dikatakan sekitar US$85 juta (RM340 juta)
Harga per-unit pesawat F-35A dikatakan jatuh kerana kini lebih banyak negara menggunakan pesawat itu diseluruh dunia, terutamanya negara-negara sekutu rapat Amerika Syarikat.
Lockheed Martin boleh menggunakan “economy of scale” untuk menurunkan harga per-unit pesawat itu, sesuatu yang cuba dilakukan oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat lain termasuk Saab atau Dassault Aviation yang mengeluarkan pesawat Rafale.
Comments are closed.