Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jaga-Jaga, Pesawat Gripen C/D Thailand Kini Mampu Tembak “Meteor” BVRAAM

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Thailand atau Saab Group, tetapi media pertahanan antarabangsa menganggarkan kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen Thailand kepada standard MS20 itu menelan belanja sebanyak US$21 juta (RM84 juta) bagi memberikan pesawat Gripen C/D miliknya kemampuan berganda.

0 9,314

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak pertengahan tahun lepas, 12 buah pesawat pejuang JAS 39 Gripen C/D milik Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) secara senyap tanpa sebarang majlis perasmian gilang-gemilang telah mula menjalani kerja-kerja naik-taraf yang dilakukan oleh syarikat pembuat pesawat itu, Saab Group.

Kerja-kerja menaiktaraf itu adalah untuk membolehkan pesawat-pesawat Gripen Thailand yang diperolehi dalam dua kumpulan (6+6) pada 2011 itu dipertingkat kepada standard terkini pesawat itu, MS20.

Kesemua pesawat termoden Tentera Udara Diraja Thailand itu ditempatkan di pangkalan udara di Surat Thani, selatan Thailand.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Thailand atau Saab Group, tetapi media pertahanan antarabangsa menganggarkan kerja-kerja menaiktaraf pesawat Gripen Thailand kepada standard MS20 itu menelan belanja sebanyak US$21 juta (RM84 juta).

Saab Group hanya mengesahkan bahawa pesawat-pesawat Gripen Thailand dinaiktaraf kepada standard MS20 tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Gripen

Menurut maklumat am daripada Saab, kerja-kerja menaiktaraf pesawat-pesawat Gripen kepada standard MS20 itu melibatkan peningkatan keupayaan software dan hardward pesawat itu bagi membolehkan ia berkemampuan untuk menangani ancaman di darat menerusi penggunaan sistem senjata panduan laser. (laser-guided bombs)

Selain daripada peningkatan kemampuan untuk menangani ancaman di darat, standard MS20 juga meningkatkan keupayaan pesawat Gripen untuk melaksanakan misi-misi udara-ke-udara menerusi penggunaan peluru berpandu udara-ke-udara panduan radar “Meteor BVRAAM” Beyond Visual Range Air-To-Air Missile.

Kemampuan pesawat Gripen standard MS20 sebagaimana digunakan oleh Thailand untuk membawa dna melancarkan peluru berpandu “Meteor” adalah elemen utama program menaiktaraf pesawat itu kepada standard MS20.

Meteor
Peluru berpandu “Meteor BVRAAM”

 

Didakwa peluru berpandu udara-ke-udara paling berkemampuan di dunia, “Meteor BVRAAM”  yang dibangunkan oleh syarikat MBDA Systems itu menggunakan sistem propulsion ramjet yang membolehkan kelajuannya mencapai Mach 4.

Peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” yang mempunyai panjang lebih daripada 3 meter itu mempunyai jarak effektif melebihi 100km.

Dikatakan “no-escape zone” peluru berpandu Meteor adalah tiga kali lebih besar daripada mana-mana peluru berpandu udara-ke-udara BVR di pasaran ketika ini, membolehkan ia menangani sebarang ancaman udara yang ada ketika ini.

Gripen

Jaga-jaga pesawat pejuang Gripen C/D MS20 Tentera Udara Diraja Thailand kini berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu “Meteor BVRAAM,” manakala pesawat-pesawat F-16-nya pula berkemampuan melancarkan AMRAAM.

Selain itu, pesawat-pesawat Gripen yang dinaiktaraf kepada standard MS20 itu juga boleh diperlengkapkan dengan bom-bom GBU-39 Small Diameter Bom (SDB) yang dibangunkan oleh syarikat Boeing.

Setiap pesawat Gripen standard MS20  boleh membawa sehingga 16 butir bom-bom SDB yang direkabentuk untuk membedil sasaran darat dengan ketepatan yang tinggi.

Gripen

Pesawat-pesawat Gripen standard MS20 sebagaimana dimiliki oleh Thailand juga kemampuan ISTAR (Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconaissance) yang lebih baik menerusi pengubahsuaian pod reconnaissance yang memberikan kemampuan sensor infra-red serta imej-imej secara realtime kepada kokpit.

Apa yang menarik dengan 12 buah pesawat Gripen Thailand adalah ia turut digandingkan dengan sebuah pesawat “Erieye AEW” (Aircraft Early Warning) di bawah projek “Peace Suvarnabhumi.” — DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Comments
Loading...